“Jatuh Motor Kena Lnggar Dgn Azar..” – Janna Nick

Jika sebelum ini, Janna Nick beralih minat dengan aktiviti berbasikal dan telahpun mencubanya. Meskipun sibuk dengan jadual kerja, namun dia tidak melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti lasak dengan bersungguh-sungguh.

Perkara berkenaan membuatkan warganet dan peminat memuji kesungguhan selebriti ini apatah lagi setelah melihat pelakon drama berjudul Leftenan Zana ini bermain motocross pula.

Memuat naik mengenai aktiviti baru yang diceburinya itu, ramai meninggalkan pelbagai reaksi positif terhadap selebriti berusia 25 tahun ini dilaman Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Approve tak geng? • Full video on YouTube channel ! Link in bio ❤️

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Sebenarnya, sudah ramai selebriti lelaki yang telah mencabar diri untuk menyertai dunia sukan lasak ini dengan menunggang motocross seperti, Achey dan Black Hanifah.

Tidak disangka-sangka selebriti jelita ini pula berminat untuk menunggang motocross, pengalaman pertamanya mendapat perhatian warganet dan dalam pada masa yang sama membuatkan mereka bimbang selepas melihat dia jatuh setelah berkongsikan pengalaman tersebut.

Walau bagaimanapun menerusi video di Youtube, selain bimbang warganet turut memuji sikap kesungguhan selebriti ini yang cuba melakukan sesuatu itu sampai boleh.

Tidak sendiri, Janna Nick menerusi video dilihat turut bersama dengan pelakon Azar Azmi dan Fizo Omar  meluangkan masa untuk menunggang motocross.

“Awh dia ni semua benda buleh buat heh…”

“Wow hebatnya!! Kesian jatuh haha”

Sumber : HCL

Be the first to comment on "“Jatuh Motor Kena Lnggar Dgn Azar..” – Janna Nick"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*