V1rus Baru dikesan di Labuan Mudah Dij4ngkiti Oleh Kanak-Kanak

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan v1rus p0lio dalam sampel air kumbahan di Labuan susulan aktiviti pemantauan persekitaran menerusi persampelan yang diperluaskan ke 64 lokasi seluruh Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengesanan v1rus terbabit disahkan Makmal Rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Australia namun tiada kes dikesan di kawasan itu setakat ini.

“Tiada k3s dalam kalangan penduduk Labuan setakat ini berdasarkan survelan Acute Flaccid Paralysis (AFP) dan saringan 41 orang kanak-kanak sihat berumur bawah lima tahun yang dijalankan secara rawak.

“Susulan pengesanan v1rus polio dalam persekitaran, KKM melalui Jabatan Kesihatan Labuan menjalankan Kempen Imunisasi Polio bagi mencegah jangk1tan dalam kalangan penduduk.

“Kempen ini membabitkan pemberian dua dos vaksin bivalent oral polio type 1 dan 3 (bOPV) secara titisan ke dalam mulut dengan mensasarkan semua kanak-kanak berumur bawah 13 tahun,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dr Noor Hisham turut menggesa ibu bapa di Labuan perlu memastikan anak yang berumur bawah 13 tahun menerima vaksin oral polio mengikut jadual yang dimaklumkan pihak Jabatan Kesihatan Labuan.

Beliau turut menegaskan vaksin polio yang diberi secara sunt1kan dalam bentuk vaksin lima serangkai (DTaP-IPV/Hib) yang mengandungi komponen antigen difteria, tetanus, pertussis, polio haemophilus influenzae type b dan perlu terus diambil mengikut jadual yang ditetapkan pada umur dua, tiga, lima serta 18 bulan.

Dr Noor Hisham berkata, tiada penambahan kes polio di Sabah dan bilangan kes yang disahkan polio melalui ujian makmal adalah kekal empat k3s setakat ini.

Beliau menasihatkan ibu bapa agar memastikan anak mereka mendapat vaksin polio secara suntikan mengikut jadual ditetapkan dan merujuk klinik kesihatan untuk penjadualan semula suntikan vaksin mengikut kesesuaian umur kanak-kanak terbabit.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HM

Be the first to comment on "V1rus Baru dikesan di Labuan Mudah Dij4ngkiti Oleh Kanak-Kanak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*