“MasyaAllah lawanya…” -Ingatkan Cetakan Dari Kilang Rupa-Rupanya..

MEMILIKI tulisan tangan yang kemas boleh dianggap sebagai satu kelebihan pada diri sesetengah individu.

Mana tidaknya, pelajar yang memiliki tulisan tangan yang tersusun rapi pasti akan menyenangkan guru setiap kali menyemak tugasan serta menanda kertas jawapan peperiksaan.

Terbaharu, seorang pelajar mengundang perhatian ramai di Twitter apabila dia berkongsi foto ayat suci al-Quran yang ditulisnya.

Menurut Ahsanul Fikri, 21, bukan sekejap masa yang diambil untuk menguasai teknik itu malah ia sudah bermula sejak di bangku sekolah lagi.

“Setiap kali kami hafal al-Quran, kami kena tulis. Kaedah ini disebut sebagai penulisan tahriri. Untuk bagi lagi ingat ayat yang dihafal.

“Cuma foto yang dikongsi tu, tulisannya tiada baris sebab nak menyenangkan pelajar. Tapi kalau guru yang tegas, biasanya mereka akan suruh buat baris.

Acan mula mengaji al-Quran sejak berusia enam tahun.

“Saya belajar sendiri je. Saya tiru satu persatu, sejak umur 13 tahun lagi. Sebab di sekolah menengah dulu pun ada tahriri,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Acan, penuntut bidang Audiologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, Pahang itu mengakui acap kali melakukan kesilapan sewaktu awal pembabitannya dalam penulisan tahriri.

Namun katanya, usaha serta kerja keras yang diterapkan selama ini membolehkan dia menghasilkan tulisan tangan yang kemas pada hari ini.

Benda yang kita baca, lihat, dan sebut… kita akan ingat. Apatah lagi jika kita tuliskan.

AHSANUL FIKRI

PELAJAR

“Kena berlatih banyak kali. Masa mula-mula dulu banyak kali silap. Tertukar ayatlah, terlangkau ayat dan sebagainya.

“Saya juga buat penulisan tahriri masa ambil program persijilan tahfiz di Darul Quran pada tahun 2017 dan 2018,” katanya lagi.

Mengulas posting viral di Twitter, Acan mengakui terharu dengan komen positif yang diberikan netizen.

Malah katanya, dia mahu memberi inspirasi agar lebih ramai lagi mempelajari teknik penulisan itu sekaligus memudahkan usaha untuk menghafal al-Quran.

“Saya rasa terharu sebab ramai kongsi. Moga dapat jadi inspirasi buat netizen yang masih belajar menulis tahriri.

Acan (kanan) mengakui penulisan tahriri sangat efektif untuk dia menghafal al-Quran.

“Ia efektif, makin ingat ayat untuk dihafal. Benda yang kita baca, lihat, dan sebut… kita akan ingat. Apatah lagi jika kita tuliskan,” ujarnya yang mula mempelajari al-Quran sejak berusia enam tahun.

Sehingga kini, posting itu menerima lebih 7,700 ulang kicau (Retweet) di laman Twitter.

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen daripada pelayar Twitter yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum dan bangga dengan kebolehan Acan.

“Kusangkakan tadi itu al-Quran yang dicetak dari kilang, tapi bila buka, MasyaAllah lawanya tulisan.

“Lawanya tahriri Acan, kalau aku dulu buat tahriri tak semangat nak baca sebab buruk.

“Cantiknya! Ni kalau compare dengan tahriri aku mahu nangis beb tengok balik,” tulis beberapa individu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“MasyaAllah lawanya…” -Ingatkan Cetakan Dari Kilang Rupa-Rupanya.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*