Tiara Jacquelina Dedah Sikap Neelofa, Sekali Neelofa Masuk Komen

Penerbit dan pengarah, Puan Sri Tiara Jacquelina meluahkan rasa gembira bertemu Neelofa baru-baru ini.

Menurut Tiara, hos dan pelakon popular itu telah menjalani sesi penggambaran episod pertama Next To Neelofa di resort miliknya, Tiarasa Escapes.

“Lebih kurang seminggu lalu, saya bertemu wanita bergaya dan cemerlang ini, Neelofa yang memilih untuk menjalani penggambaran Next To Neelofa di Tiarasa Escapes,” kongsi Tiara di Instagram.

Tiara mengatakan, kemesraan Neelofa membuatkan mereka terus berkomunikasi dengan sangat baik.

“Kami terus beramah mesra dengan cepat, saya dapat rasa aura seorang boss, seorang yang sangat mengutamakan kesempurnaan dan tak akan menyerah kalah.

“Kamu berhak dapat apa yang diperoleh hari ini, saya sangat bangga dengan kamu,” tulisnya lagi.

Tidak berdiam diri, Neelofa membalas kata-kata pujian Tiara menerusi ruangan komen.

“Saya sangat bersyukur kerana berpeluang menemu bual Puan Sri Tiara untuk episod pertama, Puan Sri telah menetapkan ‘standard’ untuk rancangan kami, saya sangat gembira,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut Tiara turut meninggalkan respon positif.

Rata-rata mereka mengagumi kejayaan dua figura kesayangan ramai itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Me at the Optometrist taking my eye test and seeing Swarovski’s 50% sale till the 23rd July. @swarovski #SparkDelight

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : GEMPAK/Berita Semasa

Be the first to comment on "Tiara Jacquelina Dedah Sikap Neelofa, Sekali Neelofa Masuk Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*