“Tunggu Kata Putus Ogy..” – Khai Bahar

MASIH meletakkan harapan tinggi, penyanyi Khai Bahar optimis untuk meneruskan Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia meskipun penganjur Fauziah Ahmad Daud atau Ogy belum menyelesaikan isu bayaran tertunggak pelakon teater Korvpsi Dewan Semandung.

Walaupun belum ada sebarang kata putus, penyanyi lagu Bayang ini berharap persembahan sulungnya di pentas Istana Budaya itu dapat direalisasikan seperti yang dirancang.

“Saya tidak akan tarik diri dari konsert itu… saya nak sambung dan memang letak harapan kerana kita semua sudah bersemangat, latihan pun dah buat dan peminat menanti-nantikan konsert ini.

“Ramai yang dah beli tiket, cumanya sekarang ini kita tunggu dahulu apa kata putus dari Kak Ogy, memandangkan kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), jadi belum ada perbincangan mengenai konsert ini.

“Apa jua keputusan penganjur, kita kena tunggu perbincangan nanti… kiranya sekarang masih menunggu. Tapi saya harap konsert itu akan berjalan seperti biasa,” katanya kepada mStar.

Khai sudah buat persiapan untuk konsert tersebut.

Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang sepatutnya berlangsung pada 27 dan 28 Mac lalu ditangguhkan hingga tarikh baharu yang akan diumumkan.

Konsert anjuran Ogy Ventures & Network Sdn Bhd itu terpaksa ditunda berikutan penularan Covi1d-19.

Pada Mei lalu, beberapa pelakon dan kru produksi teater Korvpsi Dewan Semandung mendesak Ogy selaku penganjur menjelaskan bayaran tertunggak yang masih belum diterima mereka.

Ogy selaku penerbit dan penganjur Konsert Khai Bahar.

Sementara itu, bercakap mengenai karier seni, penyanyi lagu Bayang ini memberitahu dia bakal muncul dengan single baharu tidak lama lagi.

“InsyaAllah tak lama lagi saya akan lancarkan lagu baharu… semua dah siap sebelum PKP cumanya masih mencari tajuk sesuai.

“Lagu itu akan dilancarkan secepat mungkin dan harap peminat akan menyukai buah tangan terbaharu dari saya ini,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar/ Berita Semasa

Be the first to comment on "“Tunggu Kata Putus Ogy..” – Khai Bahar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*