Kasihan Dr Noor Hisham… tak pernah jemu beri nasihat, tapi hari ini mahkamah sesak – “Sedih melihat keadaan begini”

KECOH mengenai kehadiran ramai penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa, menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai risik0 penularan C0vid-19 dan mewujudkan klust3r baharu.

Individu yang paling terk3san dengan keadaan tersebut sudah tentu Ketua Pengarah k3sihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang saban hari memerangi wab4k bersama petugas barisan hadapan (frontliners), sejak pandemik itu melanda negara ini.

Setiap hari juga beliau sama ada menerusi sidang media yang disiarkan secara langsung mahupun kenyataan akhbar menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tujuan beliau memberi nasihat hanya satu, mahu rantaian C0vid-19 dapat diputuskan di negara ini dan seterusnya mencapai angka sifar bagi k3s jangkitan.

Najib tiba di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berhubung k3s RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Menerusi akaun Twitter rasmi beliau pada petang Selasa, Dr Noor Hisham menyentuh mengenai ketidakpatuhan orang ramai di kompleks mahkamah untuk mengamalkan penjarakkan sosial.

“Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian k3sihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakkan selamat sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.

Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian k3sihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakkan selamat sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.

DR NOOR HISHAM ABDULLAH

“Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri,” tulis beliau menerusi akaun Twitter @DGHisham.

Beliau merujuk kepada lapor4n Bernama mengenai kebimbangan kluster baharu yang boleh dicetuskan ekoran k3sesakan di kompleks Mahkamah Tinggi, pagi Selasa.

Luahan Dr Noor Hisham di Twitter, petang Selasa.

Gambar-gambar yang memaparkan orang ramai berhimpun tanpa mematuhi penjarakkan sosial dan pematuhan SOP termasuk memakai pelitup muka dengan betul di luar kompleks mahkamah itu tersebar di media sosial.

Keadaan sesak itu menyebabkan polis terp4ksa menggunakan pembesar suara untuk mengingatkan orang ramai yang hadir sejak awal pagi untuk mengikuti keputusan perbicaraan k3s penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang melibatkan Najib, supaya mematuhi SOP dan memakai pelitup muka bagi mencegah penul4ran pandemik C0vid-19.

Pada Isnin, Dr Noor Hisham menyuarakan kebimbangannya mengenai ketidakpatuhan orang ramai terhadap SOP apabila sem4kin banyak kluster baharu dicatatkan sejak kebelakangan ini.

Beliau turut memberi amaran gelombang ketiga C0vid-19 boleh berlaku di negara ini sekiranya SOP tidak dipatuhi.

Sumber: mStar @LepatPisang

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Kasihan Dr Noor Hisham… tak pernah jemu beri nasihat, tapi hari ini mahkamah sesak – “Sedih melihat keadaan begini”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*