‘Saya Dh Rancang Nk Pergi Umrah Dgn Dia, Nak Pimpin Tangan Dia’ – Luahan Terkini Bekas Isteri Syed Faris

Saya pernah tanya dia, apa kekurangan atau salah saya? Dia cakap, saya tidak ada apa-apa salah pun. Ini kerana dia berkeinginan dan mampu untuk berkahwin lagi,”

Demikian kata-kata bekas isteri Imam Muda Syed Faris iaitu Nur Hidayu Rosly mengenai tempoh 13 tahun perkahwinan mereka.

Nur Hidayu yang juga ibu kepada lima anak berkata, dia pernah menghantar gambar perkahwinan mereka ketika masih dalam tempoh edah tetapi kecewa dengan jawapan diberikan bekas suami.

” Dalam tempoh edah boleh rujuk. Jadi, tak ada masalah pun sebab bukan hantar gambar tak tutup aurat.

” Namun, lima minit selepas itu dia balas meminta saya menjaga akhlak dan adab.

” Dia cakap kecantikan saya itu sekejap saja. Saya fikir mungkin sebab saya sudah melahirkan lima anak, jadi nampak lain.

” Saya reda. Bukan kata sudah lama dengan dia atau apa, tapi saya fikir di akhi1rat nanti. Kita tak tahu kita boleh hidup sampai bila.

” Daripada saya ada d0sa dengan suami, lebih baik tak bersama supaya antara kami saling tak ada d0sa.

” Andai masih bersama pun dan teruskan p0l1igami, belum tentu lagi dia dapat berlaku adil,” katanya.

Nur Hidayu berkata, dia reda dengan apa yang berlaku dan menganggap ia uj1ian buat Allah untuk dirinya.

Menurutnya, ketika ini ibu bapa, keluarga dan anak-anak menjadi penguat dirinya.

Mak pernah marah suami

” Mak pernah mar4h saya dan suami, tapi saya tak boleh kalau orang hiina suami saya sebab sudah 13 tahun kami bersama.

” Memang ada berlaku k0nflik dengan emak. Katanya, jika saya datang berhari raya ikut pintu depan, dia akan keluar ikut pintu belakang.

” Daripada saya hilang keluarga, baik saya reda suami kahwin lain. Ini kerana emak ada satu saja di dunia.

” Saya cerita masalah rumah tangga kepada keluarga pun selepas Januari lalu ketika suami beritahu sudah kahwin lain.

” Keluarga kedua belah pihak pun sudah berjumpa, tapi dia masih bertegas dengan keputusan dibuat.

” Saya cakap pada anak-anak mungkin jodoh kami sudah tiada.

” Anak ada tanya saya tak sayang abah merekakah? Saya cakap sayang, sebab sudah 13 tahun,” katanya.

Sudah rancang tunai umrah bersama suami

Nur Hidayu juga berkongsi, dia merancang untuk menunaikan umrah bersama suami pada hujung tahun ini.

” Saya berharap nak pergi umrah dengan suami dan merancang nak pergi hujung tahun ini.

” Saya cakap nak pimpin tangan dia, tapi tak kesampaian hajat saya. Dah tidak ada jodoh,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Syed Faris bagi mendapatkan reaksinya sejak semalam tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan mesej WhatsApp.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: LIMAUAIS.PW

Be the first to comment on "‘Saya Dh Rancang Nk Pergi Umrah Dgn Dia, Nak Pimpin Tangan Dia’ – Luahan Terkini Bekas Isteri Syed Faris"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*