“Dari Hujung Rambut..”- Penampilan Bibik Eina Azman Jadi Buah Mulut

Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon jelita, Datin Eina Azman, pasti menyedari dalam setiap posting yang dimuat naik di media sosial, ibu anak dua itu sering tampil bergaya.

Daripada rekaan baju dan pemilihan warna, Eina dilihat cukup menjaga penampilan diri bersama suami dan anak-anaknya yang selalu bergaya secara sedondon.

Begitupun,sebenarnya, bukan setakat penampilan ahli keluarganya sahaja, bahkan Eina turut menjaga penampilan pembantu-pembantu rumahnya.

Perkara itu didedahkan Eina ketika menjawab persoalan yang diutarakan pengikutnya di laman Instagram sebaik melihat penampilan orang gajinya ketika ikut serta bercuti di Langkawi.

“Ya, dari hujung rambut sampai ke kaki, saya yang pilih dan belikan untuk bibik-bibik sebab saya suka bibik saya sentiasa cantik, bersih dan kemas,” jelasnya.

Terdahulu, Eina menerusi satu posting di Instagram memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya menari bersama dua orang pembantu rumahnya ketika berada di atas sebuah bot.

Dalam video tarian TikTok tersebut, dua orang pekerjanya itu turut mengenakan rekaan pakaian sedondon yang mencuri tumpuan netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Haredang w biksss 😆

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Pada masa sama, ramai yang menyifatkan orang gajinya beruntung kerana mempunyai seorang majikan yang cukup baik dan sempoi.

“Bukan main lagi bibik pakai dres Hawaian.

“Wah ada penari, sportingnya!

“Kalau saya dapat bos macam ni memang seronok.

“Baiknya hati Datin.

“Rezeki bibik dapat majikan baik dan merendah diri macam Eina,” tulis sebahagian komen netizen.

Sejak akhir-akhir ini, Eina juga dilihat sering tampil dengan video tarian Tiktok bersama pembantu rumahnya.

Bahkan, netizen turut memuji cara layanannya terhadap orang gajinya itu kerana menganggap mereka seperti ahli keluarga sendiri.

“Bagus datin, anggap bibik-bibik macam adik-beradik,” komen salah seorang pengikutnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Abang Kendang w le bikkss😀

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Saksikan drama lakonan Eina Azman di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVI1D-19!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : GEMPAK/ My Metro

Be the first to comment on "“Dari Hujung Rambut..”- Penampilan Bibik Eina Azman Jadi Buah Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*