“Tolak Tepi Buruk Dia…” – Nur Sajat Dipuji Gara2 Ini

Usahawan kosmetik, Nur Sajat menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama BMW buat ibunya.

Sajat berkongsi kegembiraan itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.

Hadiah tersebut diberikan sebagai tanda menghargai peng0rbanan ibu yang membesarkannya.

Menurut Sajat, harta dunia boleh dicari namun kasih ibu tidak boeh diganti.

“Kereta banyak buat apa kan… Jadi Sajat hadiah mak kereta. Sajat nak bagi BMW gold, dia nak yang putih juga. Dia kata senang nak bawa., gold tu besar sangat.

“Tak apa lah mak, asalkan mak gembira… Bagi Sajat, duit boleh cari, mak tak boleh di ganti dengan apa pun cara nya.

“Nakal macam mana pun kita, jah4t mana pun kita, jangan kita lupakan mak ayah kita… Tanpa meraka, siapa lah kita di dunia ini.

“Bahagia lah mak ayah kita sehabis mungkin, waktu ini lah mereka nak merasa duit anak-anaknya.

“Jangan lah kita buang mak ayah kita. Kadang-kadang Sajat sedih tengok ada anak-anak sanggup hantar mak ayah ke rumah orang tua disebabkan sibuk dengan urusan harian. Mana yang berkemampuan bolehlah buat mak ayah bahagia,” coretnya.

Tambah Sajat lagi doa ibu bapa adalah sa;ah satu punca rezeki yang diperolehi oleh anak-anak.

“Kadang-kadang mak ayah ini mereka bukan nak kebendaan dari anak-anak, cukuplah bertanya khabar dan memberi perhatian kepada mareka.

“Jangan sampai kita tak ingat mak ayah kat kampung. Jangan waktu mereka tak ada, baru nak menyesal kemudian hari…

“Rahsia untuk mereka berjaya adalah doa mak ayah. Berkat doa mereka boleh kita berjaya walaupun dugaan datang tanpa di duga

“Hargai mak ayah, sayangilah mak ayah kerana merekalah syurga kita. Amin,” titipnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sajat nak bagi bmw gold,dia nak yang putih jugak.. dia kata senang nak bawa.. gold tu besar sangat… takpe lah mak,asalkan mak happy.. bagi sajat,duit boleh cari.. mak tak boleh di ganti dengan apa pun cara nya.. nakal macam mana pun kita,jahat mana pun kita,jangan kita lupakan mak ayah kita.. tanpa meraka,siapa lah kita di dunia ini… bahagia lah mak ayah kita sehabis mungkin… time ini lah mereka nak merasa duit anak anak nya..jangan lah kita buang mak ayah kita.. kadang kadang sajat sedih tengok ada anak anak sanggup hantar mak ayah ke rumah orang tua,di sebab kan busy dengan urusan harian…mana yang berkemampuan,boleh lah buat mak ayah bahagia.. . . Kadang2 mak ayah ini,mereka bukan nak kebendaan dari anak anak,cukup lah bertanya khabar dan memberi perhatian kepada mareka.. jangan sampai kita tak ingat mak ayah kat kg.. jangan time mereka tak ada,baru nak menyesal kemudian hari… . . Rahsia untuk mereka berjaya,adalah doa mak ayah.. berkat doa mereka boleh kita berjaya walaupun dugaan datang tanpa di duga.. hargai mak ayah,sayangi lah mak ayah.. kerana mereka lah syurgai kita … amin🙏🏽 . . #sayangmak #sayangmaksajat #bmwbuatmakayah

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutmya memuji kebaikan Sajat terhadap orang tuanya.

“Tolak tepi buruk dia kejap. Tengok layanan dia pada mak dia. Masya-Allah kagum. Semoga bahagia milik anak yang baik-baik kedua orang tuanya. Amin,” komen @aschanis

“Bab ni saya setuju, redha emak bawa ke syurga,” tulis @norhaslizaibrahi.

Terdahulu, Sajat dikenali sebagai usahawan yang sering mencetuskan kontro0versi antaranya terl4mpau terbuka berkongsi cara hidupnya dengan mengenakan pakaian menjolok mata mengundang rasa kurang senang ramai pihak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Gempak/My Metro

Be the first to comment on "“Tolak Tepi Buruk Dia…” – Nur Sajat Dipuji Gara2 Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*