“Memang Mahu Berkahwin Lagi…” – Noor Nabila

Bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor mengakui kini dirinya telah menjalani kehidupan baru selepas sah berpisah dengan aktor berkenaan secara hakam pada 9 Julai lalu.

Malah, kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa ini turut mengakui, dia kini perlu sayangi diri terlebih dahulu selain mahu kembali menjadi individu yang lebih bersemangat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The most precious piece of jewellery from the most precious person (but he only did half of it because he got hungryyyyy 😂…. )

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

“9 Julai lalu bermulah fasa saya sebagai ibu tunggal. Saya rasa proses percer4ian itu terlalu lama, jadi apabila sudah selesai saya rasa lega.

“Bukan kerana apa, tetapi kata orang tidak eloklah ketika itu sebab masih bergelar isteri orang, tetapi tidak tinggal bersama. Minta keluar tak minta izin suami dan sebagainya.

“Sekarang, bermulalah kehidupan baru yang mana saya perlu meletakkan saya terlebih dulu. Orang kata, #selflove.

“Ini kerana dalam perkahwinan saya yang terdahulu, saya banyak meletakkan diri di belakang. Kalau boleh saya mahu jadi diri yang dulu, dalam segi semangat dan keyakinan,” tegasnya kepada MH.

Mengulas mengenai komitmen bekas suami yang tidak pernah putus mengisi masa bersama anak tunggal mereka, Jebat Jayden, Nabila memuji sikap yang ditunjukkan Sharnaaz.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat hari raya kepada semua umat islam. Semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt. ❤️ سلامات هاري راية إديلفيتري✨🙏🏻

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Selain itu, usahawan itu turut mengakui dia sebagai ibu, memberikan kerjasama bagi memudahkan proses pertemuan bapa dan anak.

“Saya bersyukur kerana Sharnaaz tak lupa untuk meluangkan masa tengok anak hari-hari. Kadang-kadang ada juga pasangan yang berpisah, tetapi tidak berapa ambil kisah mengenai soal anak.

“Tetapi Sharnaaz sebaliknya. Dia datang isi masa bersama anak. Jadi kerana itu pun rasa rasa syukur kerana Jebat Jayden ada seorang bapa yang komited dan berdedikasi.

“Malah pada masa sama, saya juga memberikan kerjasama yang penuh buatnya untuk jenguk anak pada bila-bila masa, memandangkan jadual kerjanya yang tidak menentu.

“Saya tidak mahu anak terkurang kasih sayang daripada kedua-dua belah pihak,” katanya.

Mengulas mengenai soal jodoh untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas ini, Nabila mempunyai padangannya sendiri.

“Serik itu tidaklah. Saya percaya, kalau ada rezeki dan jodoh, saya memang mahu berkahwin lagi. Saya mahukan anak lagi.

“Cuma buat masa sekarang, saya nak fokuskan pada diri sendiri terlbih dulu dan besarkan Jebat Jayden dengan baik.

“Kalau ada yang mendekati sekalipun, kena ambil masa untuk saling mengenali,” akhirinya.

Terdahulu, Nabila dan Sharnaaz sah bercer4i pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun.

Nabila ditemui selepas meraikan kejayaan Neelofa dilantik sebagai duta rantau Asia Tenggara bagi Lancome, sekali gus menjadi individu Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan Perancis itu baru-baru ini di One Utama, Damansara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH/ My Metro

Be the first to comment on "“Memang Mahu Berkahwin Lagi…” – Noor Nabila"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*