“Orang Muar Memang Baik Hati’ – Diberi Petai Secara Percuma, Tapi Tindakan Syed Saddiq Ini Buat Ramai ‘Touching’

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali mencvri tumpuan netizen apabila video terbarunya viral.

Menerusi rakaman berdurasi 15 saat yang dimuat naik di Twitter itu, Syed Saddiq pada awalnya telah menerima seikat petai daripada beberapa individu secara percuma.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah tindakan Syed Saddiq yang masih cuba membayar pemberian itu.

Biarpun pembelian itu ditolak beberapa kali oleh penjual petai tersebut, namun Syed Saddiq masih cuba memasukkan duit ke dalam poket individu terbabit sebagai tanda penghargaan.

Tindakan berkenaan kemudian membuatkan ramai tersentuh.

“Cara dia letak duit dalam poket memang klasik, tersenyum saya,” kata seorang netizen.

“Petai tu bukanlah Syed Saddiq nak sangat tapi lebih kepada sesuatu yang dia boleh bagi pada orang kampung,” kata seorang lagi netizen.

“Pakcik sedekah, makcik sedekah, YB sedekah, Alhamdulillah,” kata seorang lagi pengguna Twitter.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Gempak/Berita Stedy Press

Be the first to comment on "“Orang Muar Memang Baik Hati’ – Diberi Petai Secara Percuma, Tapi Tindakan Syed Saddiq Ini Buat Ramai ‘Touching’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*