“Kalau Dah Memang…” – Syazwan Zulkifly Dedah Hubungan Dengan Wan Sharmila

Pelakon Syazwan Zulkifly, 33, tidak menolak sekiranya berjodohan dengan aktres Wan Sharmila, 39, atau lebih mesra disapa Lala.

Ketika dihubungi Gempak, Syazwan menyatakan buat masa sekarang hubungan mereka masih sebagai seorang kawan.

“Saya tak menolak sekiranya jodoh saya dengan Lala.

“Kalau dah memang ditakdirkan, takkan saya nak tolak apa yang Allah dah tentukan.

“Saya rasa bukan saya seorang saja. Semua lelaki menginginkan perempuan macam Lala.  

“Walaubagaimanapun, saya dengan Lala masih berkawan buat masa sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda menerima dengan hati terbuka apabila rata-rata peminat mendoakan agar mereka bersama di dunia realiti.

“Saya tak takut bila ramai yang mendoakan agar kami bersama. 

“Bukannya mereka mendoakan yang tidak elok, itu perkara baik. Saya okey saja.

“Saya dah lama kenal dengan Lala. Lala seorang wanita yang berdikari, semua benda dia buat sendiri. 

Dia juga lemah lembut dan sangat sopan orangnya,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wah wahh … awak semua seronok meng Amin kan kami yerrr… . Agaknya apa penghujung cerita Sofi & Helmi? . Minggu akhir dah ni. Jgn lupa terus tengok #7harimencintaiku2 sampai episod akhir ya. 😘 . #sofi #helmi #dramasangat

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kepada yang dok tanya bila nak kahwin balik,ha amacam episode malam ni?puas hati ka?hehehe #7harimencintaiku2

A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: GEMPAK/Berita Harian

Be the first to comment on "“Kalau Dah Memang…” – Syazwan Zulkifly Dedah Hubungan Dengan Wan Sharmila"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*