“Patut dress kuning saya hil4ng” – Tok Ti –

Akhirnya gelora emosi semasa menonton 7 Hari Mencintaiku 2 telah pun ber4khir apabila episod ter4khir drama tersebut telah ditayangkan pada Isnin lalu.

Namun, sambutan daripada peminat tidak terhenti setakat itu. Baru-baru ini terdapat sebuah parodi yang dihasilkan oleh sekumpulan lelaki yang melakonkan semula salah satu babak dalam drama tersebut.

Dalam parodi itu juga terdapat babak nyanyian lagu Bidadari Syurgamu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang merupakan runut bunyi bagi drama tersebut. Lakonan yang menghiburkan itu telah mencuit hati para netizen sehingga Tok Ti juga memberi respon yang sama.

Parodi nyanyian itu menunjukkan seorang lelaki sedang men1ru gerak bibir lagu Bidadari Syurgamu dengan memakai dress kuning sambil memegang semangkuk ayam mentah. Lakonan yang menghiburkan itu telah mencuit hati para netizen sehingga Tok Ti juga memberi komen “patut dress kuning saya hil4ng” di sebuah posting di Twitter.

Sebelum itu, Tok Ti juga ada berkongsi satu tweet yang mengatakan beliau sedang berehat dan meminta peminatnya untuk berkongsi cover lagu beliau untuk di repost.

Pelbagai cover yang telah dikongsikan oleh peminat penyanyi nombor 1 Malaysia ini. Tidak ketinggalan vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza juga ada turut berkongsi nyanyiannya.

Ternyata ramai yang berbakat dan meminati lagu-lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Lagu Bidadari Syurgamu ini juga telah dimuatkan dalam album terbaru beliau iaitu ManifestaSITI 2020.

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Patut dress kuning saya hil4ng” – Tok Ti –"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*