Tak Rehat Punca Lia Natalia ‘Tumbang’

Pelakon Lia Natalia, 28, mended4hkan dia telah dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara (KPJ) pada 29 Ogos lalu.

Ketika dihubungi Gempak, Lia memberitahu dia telah mengalami dem4m pan4s serta tekanan d4rah dan gula berada di tahap rendah daripada normal.

“Saya mengalami dem4m dan migrain. Kemudian apabila periksa tek4nan dar4h, ia berada di tahap rendah sama juga gula,” katanya.

Tambah Lia yang popular menerusi drama Bukan Gadis Biasa itu akui antara faktor dirinya jatuh s4kit disebabkan tidak mendapat rehat yang secukupnya.

“Mungkin sebab saya tak rehat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Saya sibuk dengan penggambaran sampai la sekarang. Dan akhirnya saya ‘tumbang’,” katanya lagi.

Walaubagaimanapun, pemilik nama Alia Afiqah Abden menyatakan keadaan dirinya kini sudah makin pulih.

“Alhamdulillah hari ini (Isnin) makin baik berbanding semalam (Ahad). Terima kasih sangat yang tak putus mendoakan untuk saya. Jangan risau okey,” katanya menerusi Instagram Stories.

Sebelum ini, Lia ada memuat naik foto terbaring di katil berserta dengan kapsyen memohon maaf kerana terpaksa menangguh beberapa tugasan kerja.

“Tewas juga akhirnya. Saya minta maaf majlis yang saya sepatutnya hadir tak dapat pergi dan review yang saya kena buat.

“Saya dah sihat saya akan buat semuanya dan balas,” tulisnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

sumber: Gempak/Pisang Daily

Be the first to comment on "Tak Rehat Punca Lia Natalia ‘Tumbang’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*