Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri ‘Songl4p’ Duit Pelanggan?

Baru-baru ini di laman Twitter, hangat memperkatakan mengenai bekas pembantu peribadi (PA) usahawan kosmetik popular Dato Seri Aliff Syukri yang dikenali sebagai Iqbal.

Dit1ipu Pakej Pelancongan Hotel 

Menerusi satu pendedahan yang dibuat, Iqbal atau nama sebenarnya Muhamad Iqbal Bin Mohd Sani bersama seorang wanita dipercayai isterinya, Intan Nurulhaleda dikatakan telah men1ipu ramai pelanggan yang membeli pakej pelancongan sebuah hotel terkemuka di Negeri Sembilan.

Ramai Jadi M4ngsa 

Pendedahan itu dibuat sendiri oleh bekas ejen nya yang dikenali sebagai @amalinahafizah yang turut memohon maaf kerana tidak menyangka syarikat I&I Paradise Venture mempunyai masalah.

Menurutnya semua urusan pembayaran pelanggannya telah dimasukkan terus ke syarikat itu sekaligus menafikan dia turut mengambil wang pelanggan.

“Saya dengan ini memohon maaf. Saya juga ada promote percutian Lexis Hibiscus under I&I Paradise Venture. Saya sendiri pergi under I&I Paradise tapi tak ada masalah”

“Semua transaction customer terus ke I&I Paradise. Saya tak ambik satu sen duit customer”

“Saya juga m4ngsa I&I” katanya

Dedahnya lagi, bukan dirinya dan pelanggan telah ditipu malah beberapa ejen lain turut mengalami nasib yang sama. Lebih menyedihkan, mangsa-mangsa juga terdiri daripada para petugas barisan hadapan (frontliner) yang telah membeli pakej tersebut.

“Agent lain juga sales 800K 300K juga tertipu dengan Intan & Iqbal.

Hampir 60 doktor dan nurse Hospital Sungai Buloh dari barisan hadapan juga tertipu dengan percutian ini.

Saya minta tolong viralkan sehingga 2 orang sc4mmer ini di jumpai”

Lantaran itu,alamat terakhir serta nombor kad pengenalan milik Iqbal dan Intan telah dikongsi di media sosial memandangkan ramai mangsa sedang mencari mereka bagi menuntut penjelasan sebenar.

Dalam pendedahan lain, terdapat seorang pengguna memberitahu bahawa sebelum ini pelanggan-pelanggannya tidak mempunyai sebarang masalah dalam membuat tempahan di hotel tersebut.

Namun, dia tidak menyangka sejak minggu lalu timbul pula isu ini sehingga Iqbal gagal dihubungi. Menerusi carian Murai.my di laman Instagram turut mendapati bahawa akaun Instagram Iqbal telah dinyahaktif.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : murai.my

Be the first to comment on "Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri ‘Songl4p’ Duit Pelanggan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*