[VIDEO] Zarina Anjoulie Tr0ll Eira Azira Buat Ramai Pec4h Perut.. Suami Pun Sama Masuk Air..

Sebelum ini, zarina anjoulie ada memuat naik satu video beliau mempersoalkan mengapa influencer tersebut mesti buat review di restoran.

‘Kenapa yang kaki v1ral v1ral ini kebanyakkannya founder produk, instafamous, influencer?’

Zarina Anjoulie mengaku dia sendiri mulut pedas tetapi mestilah tahu adab. Pernah nampak selebriti lain seperti Neelofa atau Dato Siti Nurhaliza buat review begitu? Anju beritahu mereka yang terlibat dalam media seperti instafamous dan influencer memang akan mencari peluang untuk fame (tular) walaupun sekejap.

Ada beberapa video yang tular di media sosial sejak beberapa hari ini mengundang pelbagai komen dari orang ramai dan terkini zarina anjoulie pula tampil dengan lakonan semula parodi beliau dengan suami situasi yang berlaku di restoran tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

– pelakon undangan @eilyasazhar_

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Antara Komen Orang Ramai

Menerusi facebook eira, beliau ada membuat permohonan maaf pagi tadi kepada pihak yang berkenaan dan berharap agar dimaafkan.

Permohonan Maaf Secara Terbuka

Assalamualaikum.

Pertama sekali, Permohonan Maaf Secara Terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat Dua (2) Insiden yang tular ketika Eira membuat “Live” di Facebook Eira Azira di mana insiden pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan insiden kedua melibatkan kata-kata berunsur kesat iaitu (Body Shming) terhadap individu/Pemilik Akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek.

Jujur Eira katakan, SALAH TETAP SALAH. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eira telah menyinggung hati banyak pihak.

Insiden-insiden tersebut telah menyebabkan ramai Follower Eira yang Eira sayang telah berkecil hati dan sekaligus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk.

Insiden yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eira, Sahabat², terutamanya Suami Eira dan Anak Eira Qalesya serta Agent² Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia.

Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eira untuk Eira cuba memperbaiki diri Eira, tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang. In Shaa Allah

Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen Negatif terhadap Eira sejujurnya Eira telah berlapang dada dan maafkan semua.

Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eira. Keputusan Eira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini. In Shaa Allah.

Eira berharap agar PEMILIK RESTORAN 35 di Melaka dan Pemilik Akaun Facebook SUHARNIZAN MD SIDEK serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat memaafkan kesalahan Eira yang dibuat samada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting “Live” di Facebook yang terlibat.

Akhir kata dari Eira,

“…Maaf adalah tanda keikhlasan selepas melakukan kesilapan. Kerana manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan. Manusia tidak sempurna begitu juga saya Eira Azira..”

Admin berharap agar isu ini selesai dengan baik untuk semua pihak.

Sumber : FBEira/InstagramZarinaAnjoulie/SensasiSelebritiBudiey

Be the first to comment on "[VIDEO] Zarina Anjoulie Tr0ll Eira Azira Buat Ramai Pec4h Perut.. Suami Pun Sama Masuk Air.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*