Kumpulan Elite Dalam Satu Video, Ramai Teruja & Puji Kecantikan Penyanyi2 Ini

 

Rasanya ramai cukup mengenali dengan kumpulan Elite dimana satu ketika dahulu nama kumpulan yang mengandingkan lima anggota iaitu Linda, Azza, Shasha, Abby Abadi dan Watie itu sering menjadi perhatian ramai dengan lagu-lagu yang cukup menarik.

Walau bagaimanapun, sudah lama kumpulan terbabit tidak dilihat bersama berikutan masing-masing mempunyai kehidupan tersendiri.

Namun begitu, nampaknya perkongsian daripada Abby Abadi dan Azza begitu mengembirakan ramai apabila peminat mereka dapat melihat mereka menerusi video bersama. Lebih membuatkan warganet teruja juga apabila dapat menyaksikan kelima-lima penyanyi itu memakai busana sama dengan warna yang berlainan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112)

Sekali gus menaikkan lagi kecantikan penyanyi kumpulan Elite itu sehingga peminat mereka mengulang tayang melihat video-video yang dimuat naik.

Kelihatannya, Linda, Azza, Shasha, Abby Abadi dan Watie melakukan photoshoot bersama dan Azza juga antara yang berkongsikan momen itu kepada peminat dan pengikut di Instagram sehingga membuatkan posting tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi ramai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azzaelite❤️queenazza0174748991 (@azzaelite)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azzaelite❤️queenazza0174748991 (@azzaelite)

Perkongsian tersebut ternyata mengundang warganet juga menggamit memori zaman kumpulan terbabit yang begitu popular.

“Wah kumpulan Elite…”

EliteScreenshot_72Elite

“Cantiknya semua”

EliteElite

“Comel belaka”

Screenshot_76Screenshot_77

Meskipun begitu, Abby Abadi nampaknya membuatkan peminat semakin teruja kerana difahamkan, sempena ulang tahun ke-25 penubuhan kumpulan mereka itu, mereka akan tampil dengan single terbaharu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Kumpulan Elite Dalam Satu Video, Ramai Teruja & Puji Kecantikan Penyanyi2 Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*