Hairul Gigih Tolong Hanis ‘Photoshoot’ Dipuji Terbaik, “Ini Baru Betul…”

Pasangan suami dan isteri selebriti, pelakon Hairul Azreen dan isterinya, Hanis Zalikha adalah antara yang menjadi kegemaran ramai malah diruangan Instagram, kedua-dua selebriti terbabit diikuti jutaan pengikut.

Ini kerana kejayaan Hairul Azreen sebagai pelakon filem aksi mengundang namanya sering mendapat perhatian, manakala Hanis pula seperti yang ramai tahu, dia sudah lama lebih aktif sebagai usahawan wanita dan antara jenamanya yang popular merupakan Cakenis.

Walau bagaimanapun, oleh kerana kita bakal menemui bulan Ramadhan dan seterusnya menyambut hari Raya tidak lama lagi, Hanis Zalikha juga nampaknya mengeluarkan koleksi baru.

IMG_20210406_091912

IMG_20210406_091848

Namun begitu, nampaknya disebalik foto-foto photoshoot Hanis Zalikha tentang koleksi Cakenis terbaru itu rupa-rupanya pelakon popular filem PASKAL turut sama membantu.

Melalui ruangan Instagram, Hairul Azreen sempat berseloroh mengenai situasi disaat dia membantu isteri kesayangannya itu untuk mendapatkan foto yang cantik dimana dapat dilihat menerusi rakaman yang dimuat naik ini.

“Kejayaan seorang isteri, Hanis Zalikha adalah di belakangnya seorang suami yang menjaga tudung barunya, Cakenis hahahaha,” tulis Hairul Azreen yang turut terhibur selepas memuat naik satu rakaman video kepada umum.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Selain situasi kegigihan Hairul Azreen membantu isterinya itu dipuji peminat mereka, warganet juga tidak dapat menahan ketawa melihat telatahnya dalam video yang setakat ini telah ditonton lebih 200,000 kali.

“Ini baru betul, susah senang sama-sama. Cayalah… moga bertambah rezeki korang”

Hairul &Hanis

“The struggle is real”

Hairul &Hanis

“Hahahaha memang selalu jadi mak andam kan”

IMG_20210406_091649

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Hairul Gigih Tolong Hanis ‘Photoshoot’ Dipuji Terbaik, “Ini Baru Betul…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*