Foto Sherry Alhadad & Han Byul Jadi Tumpuan, “Dedua Dah Runcing…”

 

Rasanya buat peminat rancangan nyanyian berjudul Big Stage musim kedua cukup mengenali dengan dua selebriti ini, Sherry Alhadad sebagai pengacara manakala Han Byul pula selaku peserta yang sangat mendapat perhatian ketika itu.

Malah Han Byul juga berjaya mendapat perhatian juri sehingga dinobatkan sebagai juara Big Stage musim kedua.

Walau bagaimanapun, dalam pada melihat keserasian kedua-dua selebriti tersebut, pasti ramai masih ingat dalam sebuah telefilem berjudul Aku Benci Kpop yang tidak disangka-sangka mereka bergandingan!

Namun begitu, nampaknya Sherry Alhadad seperti memberikan bayangan tentang telefilem itu bersama sekeping foto yang memaparkan penampilan berbeza Sherry bersama Han Byul.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SherryAlhadad (@sherry_alhadad)

Posting Sherry itu bukan sahaja mengundang rasa ingin peminat untuk menyaksikan kesinambungan lakonan gandingan mereka dalam cerita berjudul Aku Benci Kpop malah penampilan Sherry Alhadad mahupun Han Byul juga menerima pujian ramai.

Apatah lagi pengacara rancangan Muzik Muzik tersebut yang dikatakan semakin cantik kerana perubahan berat badannya itu dan ternyata kedua-dua selebriti berkenaan mendapat ratusan komen selepas dikongsikan foto bersama itu.

“Sherry so shelimm”

Sherry

“Kurus cantiklah Sherry… walau kurus pipi tetap maintain, tu yang nampak bertambah cute”

SherryIMG_20210419_212102

“Dedua dah runcing dan berseri-seri”

SherryIMG_20210419_212137

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Foto Sherry Alhadad & Han Byul Jadi Tumpuan, “Dedua Dah Runcing…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*