Selesai Muhyiddin Yassin angkat sumpah PM ke-8, ini kata-kata Anwar pada Perdana Menteri baharu

PAKATAN Harapan (PH) sudah bersetuju untuk membawa usul undi tid4k perc4ya terhadap Perdana Menteri kelapan dalam sidang Dewan Rakyat.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usvul itu akan dibawa secepat mungkin oleh Ahli Parlimen PH.

“Kita dah ambil keputusan (bawa usul undi tid4k perc4ya) secepat mungkin. Tarikh terpulang kepada Dewan Rakyat untuk tentukan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Bukit Segambut, di sini, hari ini.

Usul undi tid4k perc4ya itu akan dibawa ke Parlimen susulan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan pagi ini namun didakwa t1idak mendapat s0kongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Difahamkan, Anwar akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR susulan k3melut politik tanah air dan perlantikan Perdana Menteri kelapan.

PH semalam sepakat untuk kembali mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri walaupun sebelum ini menamakan Anwar untuk jawatan itu.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini pada 10.33 pagi.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Feb lepas.

Turut berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Muhyiddin, 72, yang memakai baju Melayu hitam lengkap bersamping hitam bersulam benang warna keemasan diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Selesai Muhyiddin Yassin angkat sumpah PM ke-8, ini kata-kata Anwar pada Perdana Menteri baharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*