Tenang naik pentas ambil keputusan SPM pakai uniform Shell, tak sangka pengarah Shell turun padang nak beri hadiah ‘istimewa’

Pelbagai reaksi dan gelagat para pelajar dapat dilihat sebaik keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia yang keluar semalam.

Sudah menjadi kebiasaan, yang mendapat keputusan cemerlang akan bersorang riang. Manakala yang tidak cemerlang atau mendapat keputusan tidak seperti diharapkan pastinya akan bermuram kesedihan.

Saat hadir ke sekolah bagi mengambil keputusan juga menjadi tempat bagi pelajar berkumpul semula selepas beberapa bulan tidak bertemu sesama mereka.

Ada yang mengambil peluang untuk bekerja sambil menunggu keputusan.

Menariknya semalam, seorang pelajar datang mengambil keputusan dengan memakai baju pekerja ‘Shell’ dan tular di media sosiaI.

Menerusi satu video yang tular semalam menunjukkan Amirfufu (nama Twitter) tampil ke atas pentas dengan sorakan daripada rakan-rakan kerana mendapat keputusan yang bagus.

Vdeo tersebut lantas menjadi tumpuan warganet yang bukan sahaja memuji Amir kerana mendapat keputusan bagus (5A), tetapi kerana tidak segan untuk memakai baju ‘Shell’ yang sinonim dengan pekerja stesen minyak tersebut.

Selang sehari selepas vdeo tersebut tular, Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Hussain telang berjumpa dengan Amir untuk memberi kejutan.

Katanya lagi, majikannya turut mengundang kedatangan kedua-dua ibu bapanya pada hari ini untuk bertemu bersama-sama.

Bukan itu sahaja, pelajar cemerlang ini turut berpeluang mengetahui tentang pengajian berkaitan Shell untuk kumpulan kedua yang dihantar oleh majikannya itu.

Tambahnya lagi semasa dihubungi, tempoh pengajian itu mengambil masa sehingga 3 tahun.

Turut tidak lepas peluang, Shairan Huzani Hussain juga turut mengucapkan tahniah kepada pekerjanya yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2019.

Pagi ni pergi jumpa adik Amir. dia femes semalam amik spm results pakai baju shell. Dia nak buat accountancy dan pakcik harap dia terus berusaha dan lebih berjaya.

” 6 heroes Pakcikshell kat stesen ni kebetulan spm batch sama. alhamdulillah semuanya results chomel. We are proudly run by dedicated Malaysians for our beloved Malaysians.” luah Shairan.

Sementara itu di Twitter semalam, gelagat mencuit hati Amir yang naik ke pentas untuk mengambil keputusan SPM miliknya dengan hanya memakai baju kerja telah mendapat sorakan rakan-rakannya.

Difahamkan ketika menunggu keputusan SPM keluar, remaja ini dikatakan melakukan bekerja sambilan disalah sebuah stesen pam minyak.

Tanpa disangka-sangka, namanya telah dipanggil untuk naik ke pentas kerana berjaya meraih keputusan 5A dalam SPM 2019.

Amir juga turut dilihat memuat video dirinya naik ke atas pentas untuk menerima slip keputusan SPM miliknya, yang sehingga kini telah meraih lebih 98,500 ribu tontonan di laman Twitter.

VIDEO

Ambil Result SPM Sambil Pakai Baju Shell

Relax je dia naik pentas pakai baju Shell..dapat 5A tuu..tahniah!

Posted by Nota Hati on Thursday, March 5, 2020

 

Sumber : siakapkeIi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Tenang naik pentas ambil keputusan SPM pakai uniform Shell, tak sangka pengarah Shell turun padang nak beri hadiah ‘istimewa’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*