Adegan lap air kencing buat penyokong kelab Liverpool tersentuh, akhirnya penerbit drama ‘jujurlah nikahi aku’ mohon maaf

Betul kata orang, sukan adalah medium penyatuan, sukan juga adalah punca kepada perp3cahan. Baru-baru ini, sebuah kelab penyokong Liverpool di Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pihak produksi drama bersiri Jujurlah Nikahi Aku kerana menyentuh sensitiviti mereka sebagai penyokong tegar kelab Liverpool.

Dalam adegan Jujurlah Nikahi Aku, ada sebuah babak yang melihatkan Uyaina Arshad perlu mengelap air kencing di lantai. Namun apa yang menarik perhatian warganet adalah apabila Uyaina menggunakan jersi Liverpool untuk mengelap air kencing tersebut, dianggap seolah-olah telah menghin4 kelab tersohor di Liga Perdana Inggeris itu.

Terkesan dengan apa yang terjadi, Niezam True Kopites mewakili kelab penyokong Liverpool melaporkan hal ini kepada laman web rasmi Liverpool. Sampai macam tu sekali ye!

#LFC OK setel .. dah kena report .. kita tunggu nanti mcm mana … buat drama dh lah bangang ..

Posted by Niezam True Kopites on Wednesday, March 4, 2020

Rentetan daripada isu ini, Arie Zahari mewakili pihak produksi dan pihak ASTRO memuat naik kenyataan maaf secara terbuka kepada penyokong Liverpool yang terguris dengan drama mereka.

“Saya dengan rasa terkilan atas kesilapan dalam babak tersebut, sesungguhnya saya TIADA NIAT untuk memburukkan nama baik Liverpool. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua peminat-peminat Liverpool di seluruh Malaysia dan berharap agar peminat-peminat Liverpool berlapang dada untuk memaafkan kes4lahan saya”

Isu ini mendapat perhatian warganet yang beranggapan sesetengah daripada penyokong fanatik Liverpool berperangai terlalu kebudak-budakan dan hati tisu. Patut ambil contoh seperti penyokong Manchester United, tenang dan kacak!

Disclaimer: Admin bukan penyokong tegar Manchester United.

 

Sumber: Lobak Merah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Adegan lap air kencing buat penyokong kelab Liverpool tersentuh, akhirnya penerbit drama ‘jujurlah nikahi aku’ mohon maaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*