‘Doakan, bantu, berilah pandangan kepada saya’ ini permintaan Mufti KL selepas dilantik sebagai jemaah menteri pada rakyat

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, meminta semua pihak mendoakan beliau agar dikurnia kekuatan untuk memikul amanah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Beliau yang akan dilantik sebagai Senator bagi membarisi Kabinet baharu, turut berharap dikurniakan kekuatan untuk menggalas kepercayaan terbabit dengan sepenuh keupayaan dirinya.

Zulkifli sekali gus menyifatkan pelantikan itu sebagai babak pertama dan episod baharu yang akan ditempuhi beliau.

“Sejurus pengumuman pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak, untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana.

“Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar dikurniakan Allah SWT, kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini dengan sepenuh keupayaan saya,” katanya dalam laman sosial Facebook rasmi beliau, hari ini.

Selain itu, Zulkifli meminta semua pihak supaya membantu dan memberikan pandangan kepada beliau.

“Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama dalam keredaan-Nya. Kepada Allah SWT kami berserah dan bertawakal,” katanya.

Dalam perkongsian itu, Zulkifli turut memetik sebuah hadis daripada ‘Abdullah bin Salam.

“Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya di tengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembohong.

“Dan yang pertama beliau ucapkan ialah ‘Wahai sekalian manusia, ⁣pertama, sebarkanlah salam⁣; kedua, berikan makan⁣; ketiga, sambunglah silaturrahim; ⁣keempat, solat di waktu malam ketika orang tidur. Nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat,” katanya.

Kami dari KL Media mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 

 

Sumber: BH online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak! 

Be the first to comment on "‘Doakan, bantu, berilah pandangan kepada saya’ ini permintaan Mufti KL selepas dilantik sebagai jemaah menteri pada rakyat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*