Kenapa doktor ini pesan jika ada lubang kecil di telinga m3mudaratkan? sila periksa telinga anda sekarang

Tahukah anda, sesetengah manusia mempunya lubang telinga ‘extra’ atau dalam bahasa kesihatan dipanggil lubang Preauricular.

Pada pandangan manusia biasa perkara itu adalah normal tetapi, tahukan anda lubang telinga ekstra ini juga perlukan penjagaan yang rapi seperti lubang telinga biasa? Jika tidak kum4n boleh membi4k dengan selesa di dalam lubang tersebut dan boleh memudaratkan diri anda sendiri.

Seorang doktor telah memuat naik beberapa keping gambar tentang lubang telinga ekstra ini dan satu video seorang pesakit yang memiliki lubang telinga ekstra ini sedang dir4wat oleh doktor tersebut di laman Facebook beliau. Beliau yang dikenali sebagai Doktor Rahim berkongsi serba sedikit tentang lubang Preauricular ini. Jom ikuti perkongsian beliau.

Ilmu Lubang Telinga Ekstra. Artikel 670

Tahukah anda ada diantara kita ada lubang telinga ekstra? Mereka ini makhluk asing ke? Macam mana boleh terjadi?

Hai, jadi doktor ni banyak yang pelik doktor ingin kongsi dengan kawan doktor supaya kita dapat ilmu yang betul daripada kena tipu dengan orang tak bertanggungjawab.

Pagi tadi di klinik doktor, ada seorang mak cik. Kesian dia, kerap ada infeksi di atas cuping telinga kirinya di bahagian atas lubang telinga. Bila doktor periksa ada satu lagi ekstra lubang telinga kecil. Doktor panggilnya lubang Preauricular.

Apa itu lubang telinga Preauricular/Preauricular sinus?

Ia adalah kecacatan/malformation yang berlaku semasa perkembangan janin. Pembentukan kulit telinga tidak tertutup sepenuhnya dalam pembentukkan telinga ketika dalam pembentukkan janin.

Lubang ekstra ini terletak di bahagian atas telinga dan bersaiz seperti kepala pin sahaja. Lubang ini biasanya 1-2 cm sahaja. Boleh bersambung ke rawan telinga, lubang telinga atau kilang air liur parotid.

Info yang doktor mahu anda tahu.

Lubang ini tidak berfungsi. Tiada gegendang dan tahi telinga. Boleh terjadi sebab keturunan/waris. Ketika anda mandi dan basuh kepala, shampoo, air sabun, daki-daki dan kelemumur boleh bertapa dalam lubang telinga ekstra ini.

Kemudian kuman bermaharaja lela di situ dan buat pesta beramai-ramai. Sampai bahagian telinga b3ngkak, merah, panas, s4kit dan bern4nah. Tajamkan mata anda, lihat betul-betul ada satu lubang ekstra di sebelah tempat doktor bedah nanah tu. Nampak tak?

Ini pesan doktor juga …

Apa doc buat/Rawatan.

1. Doc s3mbelih je / Operate nanah tu keluar & bagi antibiotik.

2. Klu kerap berlaku infeksi, doc buat plastik surgery repair & renovate extra lubang telinga tu supaya TERTUTUP. Kan mudah, tiada infeksi lagi.

Camana sekarang? Anda seorg ALIEN ke? Cer check cuping telinga anda….ada lubang telinga EXTRA tak?

**Peringatan:

JANGAN PROMOTE PRODUK anda di artikel kesihatan ni. Anda akan di dakwa KKM.

Dr. Abdul Rahim. Klinik Abdul Rahim, 2-D Pangsapuri Garuda, 11900 Bayan Lepas. Penang. Tel: 04-6444181

ILMU LUBANG TELINGA EXTRA. Artikel 670." Tahu tak anda ada diantara kita ADA LUBANG TELINGA EXTRA? Mereka ni makhluk…

Posted by Rahim on Monday, December 18, 2017

 

Sumber: Dr Rahim 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Kenapa doktor ini pesan jika ada lubang kecil di telinga m3mudaratkan? sila periksa telinga anda sekarang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*