“Masih terkinja-kinta atas pentas, banyak lagi perlu belajar” Shiera akui masih m4lu nak mengaku dah bertudung

Pelakon, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahira m4lu mengaku dirinya sudah bertudung kerana masih banyak perkara yang perlu dipelajari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dulu kalau hari jumaat pakai baju kurung Sekarang gi kerja pakai ni lak Tengah tungggu grab Nak gi makan daun pisang kat PJ #preventionisbetterthancure #demicontent?

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

“Saya akui memang ramai yang puji saya bertudung tapi saya tak mengaku kerana lepas balik umrah kita cuba perlahan-lahan dekatkan diri dengan agama.

“Tak perlu nak kata dah bertudung, sebabnya kita masih terkinja-kinja atas pentas. Malu nak kata dah pakai tudung sebab nanti orang kata perangai masih tak senonoh.

“Lagipun tudung ada banyak kat rumah, jadi kita pakai sajalah…benda ada buat apa nak simpan.

“Alhamdulillah, kelurga dan kawan-kawan pun doakan yang baik-baik saya cuba perlahan-lahan” katanya.

Dalam pada itu katanya, ramai yang mencadangkan agar dia membuka saluran YouTube sendiri kerana sering berkongsi perkembangan keluarga di Instagram (IG). Namun, disebabkan kekangan masa Shahira atau lebih mesra dipanggil Shiera membataskan dia untuk berbuat demikian.

“Ada yang suruh buka saluran YouTube sebab saya kongsi kehidupan keluarga yang kelakar, tapi tak sempat lagi.

“Dah takda orang nak bagi job saya share dekat IG je lah,” ujarnya

 

Sumber: mStar Online via gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

 

Be the first to comment on "“Masih terkinja-kinta atas pentas, banyak lagi perlu belajar” Shiera akui masih m4lu nak mengaku dah bertudung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*