[Video] Cara tayammum j3nazah C0VID-19, JAKIM kongsi video ikut tatacara pes4kit eb0la

Malaysia telah mencatatkan sebanyak 673 kes COVID-19 sehingga artikel ini ditulis dan kita terpaksa akur apabila merekodkan dua kematian pada Selasa.

Mangsa pertama ialah seorang jemaah yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling pada hujung Februari lalu dan kedua adalah seorang paderi dari Kuching, Sarawak.

Menerusi laman Twitter, seorang individu yang bernama Hasrul Rizwan, jejaka itu berkongsi cara pengurusan jenazah pesakit COVID-19 yang mengikut tatacara pesakit virus Ebola (EVD).

Menurutnya, panduan tersebut telah dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Dapat hebahan dari hospital buat semua pengurus jenazah lantikan hospital untuk mandi jenazah pesakit COVID-19 mengikut tatacara pesakit Ebola (EVD).”

“Kalau dah masuk dalam body bag ni, hanya Munkar dan Nankir ja la yang mampu buka pun. Moga kita dijauhkan dari wabak ni,”

Hasrul turut menyatakan jenazah itu tidak akan dimandikan disebabkan darurat dan akan terus dikebumikan tanpa dibawa pulang ke rumah ahli keluarga.

“Jenazah COVID-19 kalau sampai dalam body bag, tak perlu mandi sebab darurat. Buka body bag, tayammum, tutup body bag, spray clorox, masukkan dalam body bag lagi satu, spray clorox, solat (tak bawa balik rumah) dan tanam terus.

“Dia sebenarnya guna dalil yg sama macam mandikan jenazah yang hancur atau mati terbakar. Kalau mandi takut relai anggota badan jenazah tu, jadi kena tayammum saja.

“Bagi kes wabak berjangkit, memudaratkan orang yang menguruskan jenazahnya. Jadi memadai dengan tayammum saja,”

Menerusi laman Facebook, JAKIM juga berkongsi cara-cara bagaimana jenazah COVID-19 diuruskan.

Jenazah COVID-19 tidak boleh dimandikan seperti jenazah lain, ia hanya perlu ditayamum.

Berikut adalah video yang dikongsikan oleh pihak JAKIM.

Tatacara Tayamum Jenazah COVID-19

Jenazah COVID-19 tak boleh dimandikan seperti jenazah lain. Pihak JAKIM kongsikan bagaimana tatacara tayamum bagi jenazah COVID-19 dilaksanakan.

Posted by YOY Media on Tuesday, March 17, 2020

 

KREDIT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "[Video] Cara tayammum j3nazah C0VID-19, JAKIM kongsi video ikut tatacara pes4kit eb0la"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*