Tanpa kelibat isteri dan anak, suasana sayu ketika peng3bumian mngsa C0VID-19 di Johor Bahru

J3nazah lelaki berusia 34 tahun itu, dilihat tiba dari HSA dengan menaiki van jenazah pada 8.15 malam tadi.

Kira-kira 10 lelaki dipercayai kakitangan hospital selain orang awam, dilihat mendengar taklimat sebelum memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Pada 8.45 malam, kesemua mereka dilihat menghampiri van jenazah sebelum mengangkat jenazah yang siap dikapankan, menggunakan pengusung hospital.

Orang ramai termasuk media tidak dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan sehingga selesai pengebumian.

Mangsa yang meninggal dipercayai kes-178, yang pernah menghadiri Perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, di Kuala Lumpur pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Mangsa dilaporkan mula mengalami gelaja demam mulai 5 Mac lalu, sebelum mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru, pada 12 Mac selepas dikesan positif Covid-19.

Keadaannya didapati meros0t dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan m3ninggal dnia tengah hari ini.

Difahamkan isteri dan anak mngsa tidak menghadiri majlis peng3bumian berkenaan kerana sedang dikuarantinkan di Hospital Permai.

VIDEO

Kebumikan mangsa Covid-19 di jb

Posted by Taufiq Janudin on Tuesday, March 17, 2020

Terdahulu, Semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta diminta menyediakan penempatan sementara untuk pelajar yang menghadapi kekangan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, kementerian juga meminta pihak pengurusan kedua-dua IPT berkenaan untuk memastikan pelajar mendapat akses makanan melalui kafeteria masing-masing.

 

Kredit Video: FB Taufiq Janudin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Tanpa kelibat isteri dan anak, suasana sayu ketika peng3bumian mngsa C0VID-19 di Johor Bahru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*