Tak sangka! selain menderma wang kemenangan, Man Raja Lawak telah buat sesuatu yang tak dijangka pada rakan artis sendiri

KETIKA segelintir selebriti tanah air berkongsi kisah sedih kehilangan pendapatan akibat penularan pandemik COVID-19, pelawak terkenal tanah air, Man Raja Lawak pula tampil menghulur bantuan kepada yang benar-benar memerlukan.

Man atau nama sebenarnya, Abd Rahman Kasim berhajat membantu meringankan beban masyarakat yang benar-benar terkesan dengan w4bak COVID-19 yang telah menjejaskan kehidupan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia.

Atas dasar tanggungjawab sesama manusia, Man tanpa ragu-ragu memperuntukkan RM50,000 hasil daripada kemenangannya pada pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

“Situasi sekarang amat terkesan kepada semua warga Malaysia termasuk saya dari segi emosi dan kewangan.

“Saya Abd Rahman B Kasim sebagai warga Malaysia dengan rendah hati terpanggil untuk berkongsi hadiah wang tunai hasil juara MLM 2019 tempoh hari bagi meringankan beban anda untuk meneruskan kehidupan.

“Sesiapa yang benar-benar memerlukan bantuan sahaja yang akan saya layan dan sila DM (direct message) berikan detail (maklumat lengkap) kenapa saya harus membantu anda sehinggalah bajet 50K (RM50,000) habis digunakan sepenuhnya,” tulis Man dalam entri di Instagram peribadinya.

Masih ada yang mempertikaikan mengapa Man tidak membantu golongan artis yang susah juga. Hal tersebut telah dijawab oleh seorang lagi peserta Raja Lawak yang disampaikan kepada rakannya sebelum tular di media sosial.

Menurut seorang pengguna Twitter, Caca Raja lawak telah berkongsi kisah dimana Man secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada rakan-rakan tanpa langsung memberitahu empunya badan.

Perkara tersebut diceritakan sendiri oleh Caca dengan menyertakan sekali bukti resit bank menandakan terdapat duit masuk ke akaunnya. Tambah Caca dalam perbualan whatsApp tersebut, Man menyatakan ingin membantu rakan-rakannya dalam Raja Lawak juga.

Pada dua hari yang sudah, Caca yang berteman rapat dengan Man sejak di Raja Lawak lagi telah meluahkan rasa bangganya mempunyai seorang sahabat seperti Man.

Dia juga sempat mendoakan agar Man terus dimurahkan rezeki dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

 

Sumber:  Elmielmo | Cacarajalawak_official via viddymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "Tak sangka! selain menderma wang kemenangan, Man Raja Lawak telah buat sesuatu yang tak dijangka pada rakan artis sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*