Keluar memancing masa PKP kerana tiada duit dan makanan, dua lelaki ini pilih masuk p3njara, tiada duit nak bayar d3nda

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ribuan individu dit4han selepas melakukan pelbagai kesalahan terutama mengingkari dan melanggar arahan polis atau tentera.

Terbaru, dua lelaki dari Sungai Siput telah ditangkap ketika sedang memancing ikan dan memilih untuk dimasukkan ke dalam penjara daripada membayar denda.

Lelaki berusia 45 tahun dan 56 tahun itu meraih pendapatan harian RM100 dengan membaiki bumbung namun mereka tiada sumber kewangan semenjak PKP dijalankan lalu menyebabkan kedua-duanya menangkap ikan untuk bekalan makanan.

Menurut laporan, Chen dan Zhong pergi ke kolam di Rimba Panjang sekitar jam pukul 5 petang semalam tetapi berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Kedua-duanya berkata di dalam mahkamah bahawa mereka tidak mempunyai wang dan terpaksa memancing kerana memerlukan makanan untuk mengisi perut yang kelaparan

Tujuan mereka memancing adalah untuk simpanan mereka sendiri dan tiada niat untuk menjual kepada orang lain tetapi disebabkan tiada duit, mereka memilih untuk dipenjarakan selama tiga bulan daripada membayar denda sebanyak RM1,000.

 

Sumber: World of Buzz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

1 Comment on "Keluar memancing masa PKP kerana tiada duit dan makanan, dua lelaki ini pilih masuk p3njara, tiada duit nak bayar d3nda"

  1. kesian juga sebab tak ada makan tpi saya lebih sokong pihak berkuasa sebab kalau tiada tindakan diambil nanti jadi banyak yang ikut nak keluar…

Leave a comment

Your email address will not be published.


*