Pelawak veteran, Hamid Gurkha panjat rasa syukur, akhirnya terima bantuan makanan

Abdul Hamid bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Hamid Gurkha pernah menceriakan dunia seni hiburan suatu ketika dahulu. Lebih selesa disapa sebagai Pak Hamid, dia pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik ketika Festival Filem Malaysia pada tahun 1982.

Kiranya populariti Pak Hamid ketika itu mengalahkan Johan dan juga Zizan la. Pak Hamid dilahirkan pada 22 Ogos 1933 di Segambut, Kuala Lumpur dan pernah menyertai pasukan tentera selama tujuh tahun. Maklum lah ketika itu negara kita masih lagi di bawah penjajahan British.

MULA KERJAYA SENI MENERUSI BINTANG RADIO RTM

Dia memulakan kerjaya seni sejak menyertai Pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965 dan menjuarainya. Dan sejak dari situ, satu per satu dia ditawarkan untuk membuat persembahan pentas.

Tidak dinafikan yang faktor umur turut mempengaruhi kerjaya seorang anak seni. Semakin berusia menyebabkan Pak Hamid semakin kurang aktif dalam dunia hiburan. Paling terbaru filem lakonannya adalah Alamak Toyol pada tahun 2011.

Artis-artis lama macam ni harus diperjuangkan nasib. Dikala mata pencarian semakin tertutup, sudah pasti keperluan harian mereka turut terkesan. Dikhabarkan Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) telah menghulurkan bantuan kepada artis veteran.

TERPANCAR KEGEMBIRAAN PAK HAMID

Dan Pak Hamid antara salah seorang individu yang menerima bantuan tersebut. Alangkah gembiranya dia setelah menerima kunjungan dan mendapat bekalan keperluan dapur. Lihat sahaja dari riak wajah, terpancar rasa syukur atas sumbangan yang diberikan.

Antara artis veteran lain yang menerima sumbangan sebegini ialah Papa Rawi, Mak Jah, Kogilarani, Balakrishnan, Alfred Ho, Lim Kong Tuck, Goh Cheng Hock dan beberapa orang lagi.

YKAT sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa bersetuju untuk membantu golongan artis yang memerlukan. Ianya hasil kerjasama dengan sebuah pasaraya. Segala bentuk bantuan akan dihantar secara telus kepada artis tanpa melibatkan mana-mana orang tengah.

Mungkin sumbangan ini tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban mereka yang sudah uzur dikala saat genting ini.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Pelawak veteran, Hamid Gurkha panjat rasa syukur, akhirnya terima bantuan makanan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*