“KKM g4gal lindungi frontliner, 30 sudah dij4ngkiti ketika bertugas” doktor swasta ini gesa Noor Hisham turun padang

PETALING JAYA: Seorang doktor hospital swasta mendakwa pihak berkuasa kesihatan gagal melindungi barisan depan perubatan yang memerangi Covid-19, selepas kira-kira 30 kakitangan perubatan dilaporkan dijangkiti virus itu ketika bertugas.

Dr Musa Nordin dari Hospital Pakar KPJ Damansara turut menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dan pegawainya turun padang melawat hospital terjejas.

Beliau mendakwa kakitangan perubatan tidak dilengkapi alat perlindungan sewajarnya, termasuk peralatan perlindungan diri (PPE).

“KP dan pegawai tertingginya di menara gading Putrajaya perlu turun ke hospital Covid/Pusat Kesihatan Daerah/Klinik Kesihatan dan melihat serta merasai kesakitan dan kesengsaraan doktor/jururawat/profesional kesihatan bersekutu yang tiada PPE asas untuk menjaga pesakit kritikal di ICU serta meningkatkan saringan dengan 17,000 ujian sehari,” kata Musa dalam satu daripada beberapa mesej yang dikongsinya.

Semalam, Hisham dalam taklimat harian Covid-19 berkata, 150 kakitangan perubatan antara hampir 4,000 orang yang dijangkiti virus itu di seluruh negara.

Katanya, 30 daripadanya dijangkiti virus itu ketika bertugas, termasuk ketika merawat pesakit ICU.

An-Nur Specialist Hospital

Dr Musa Nordin dari Hospital Pakar KPJ Damansara. Foto: Malay Mail

 

Musa mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) tidak berusaha secukupnya untuk melindungi kakitangannya disebabkan birokrasi yang menghalang pengedaran sut keselamatan PPE.

“Adakah anda tunggu seorang doktor atau jururawat atau profesional kesihatan bersekutu kita meninggal dunia akibat Covid-19 sebelum anda mula bertindak?

“Keadaan ini tidak memberi gambaran baik terhadap KKM,” katanya sambil menambah pasukan beliau sendiri menjalankan “penilaian keperluan secara teliti” di 34 hospital kerajaan yang merawat pesakit Covid-19.

Beliau seterusnya berkata KKM “gagal melindungi barisan depan mereka”.

 Foto: FMT

“Biar saya katakan dengan jelas. Ikrar perubatan kami yang pertama ialah ‘Primum Non Nocere’, iaitu jangan datangkan kemudaratan,” kata Musa.

Beliau kemudian berkata pasukannya sendiri sudah mengagihkan 6,000 PPE ke ICU dan sedang menunggu ketibaan 20,000 set lagi melalui sumbangan korporat yang diterajui sebuah syarikat media.

“Bilakah kerajaan akan mengedarkan PPE yang mereka beli dari China?” soalnya.

FMT sedang menghubungi Hisham untuk mendapatkan responsnya.

 

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata jangkitan Covid-19 melibatkan petugas barisan hadapan berlaku di hospital swasta.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya sudah membuat perjumpaan dengan pihak hospital swasta sebanyak 2 kali iaitu pada 1 dan 12 Mac bagi membincangkan mengenai perkara itu.

“Supaya pengurusan pihak hospital swasta boleh tingkatkan keselamatan d hospital masing-masing,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kritikan seorang doktor hospital swasta yang mendakwa kementerian itu gagal menjaga keselamatan petugas barisan hadapan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: FMT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "“KKM g4gal lindungi frontliner, 30 sudah dij4ngkiti ketika bertugas” doktor swasta ini gesa Noor Hisham turun padang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*