‘Kluster Kayangan’ banyak ‘songeh’ dan kurang ajar, menteri mula bersuara

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 15 April sehingga 28 April 2020.

Muhyiddin membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas yang disiarkan pada Jumaat petang.

“Berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pakar-perubatan, saya mengumumkan PKP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 15 April sehingga 28 April

Untuk rekod, PKP fasa pertama bermula pada 18 sehingga 31 Mac lalu sebelum fasa kedua disambung bermula 1 sehingga 14 April ini.

Kaya-Raya Atau Asal Dari Kayangan, Tiada Siapa Terkecuali Dijangkiti Covi1d-19

“COVI1D-19 tidak kenal dari kayangan atau dari bumi. Tidak ada siapa yang boleh dibezakan oleh Covi1d-19. Kalau mereka kaya raya pun, tidak terkecuali daripada dijangki1ti,” kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, beliau percaya peraturan sedia ada iaitu menghalang penjawat awam boleh diguna pakai terutama bila berdepan dengan golongan digelar ‘Kluster Kayangan’ di media sosial.

Beliau mengulas mengenai tindakan sesetengah golongan elit melemparkan tvduhan dan makian kepada petugas barisan hadapan terutama doktor yang menjalankan tugas.

“Saya haraplah mereka yang berkedudukan tinggi itu lebih bertamadun daripada orang lain. Berikan kerjasama kepada petugas barisan hadapan terutama doktor, jururawat yang terbabit kerana seperti yang saya katakan, kedudukan tinggi tidak menjamin mereka ters3lamat daripada Covi1d-19,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsb sehingga mencetuskan pani1k dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, tidak ada siapa yang akan terkecuali atau lebih tinggi daripada undang-undang dan mereka yang didapati bersalah tidak akan terlepas begitu saja.

“Saya kecewa dengan tindakan beberapa pihak termasuk ahli politik yang menularkan video kononnya berlaku r3mpuhan warga negara Malaysia yang pulang dari Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor.

“Polis sudah pun mengenal pasti individu terbabit dan tindakan akan diambil,” katanya.

Ismail Sabri berkata, setakat ini PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah membuka 207 kertas siasatan berkaitan berita palsv Covi1d-19 dengan 23 daripadanya kes sudah didakwa di mahkamah.

Tidak mahu dikuarantin dan panggil petugas ‘Anjing’, doktor dedah perangai sombong kluster oversea

Semalam tular perkongsian seorang doktor bernama Afiq yang memuji pesakit COVlD-I9 daripada kluster Tabligh yang menurutnya sangat mesra dan dan menunjukkan akhlak yang baik.

Dalam perkongsian sama, Dr. Afiq turut mendedahkan kerenah kluster baru yang baru pulang dari luar negara dipanggil kluster Turki/ oversea yang menurutnya mengjengkelkan.

” Acah-acah jadi mngsa pnyakit COVlD-I9. Padahal masa pergi melancong, dorang tanpa segan silu tunjuk gambar pergi melancong malah ada yang siap perli kata virus itu tiada kat tempat sejuk dan sebagainya.” tulis Dr. Afiq

Sampai tergamak panggil ‘d0g’

Terbaru, satu lagi perkongsian membabitkan kerenah pesakit yang dikatakan baru pulang dari luar negara ditulis oleh seorang doktor.

Dr. Sakinah Sulong menerusi perkongsian beliau di Facebook meluahkan ketidakpuasan hati beliau terhadap segelintir ‘kluster oversea’ ini yang disifatkan beliau sebagai sombong, malah ada yang mengeluarkan perkataan bersifat penghi1naan.

“Kami Bukan Anjing. Pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk COVlD-I9, kadang-kadang menjentik hati saya.

“Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung, satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia.

Pengarah Jabatan ke, Jemaah tabligh ke, Doktor ke, Pelajar ke, Semuanya sama. Lubang hidungnya sama. Rongga mulutnya sama.

“Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong.

Menurut Dr. Sakinah, keadaan sangat berbeza sewaktu merawat kluster jemaah tabligh yang rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.

“Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi.

“Tak nak dikuarantin.

“Marah-marah. Panggil staff kami ‘dog’, panggil staff kami pencacai najis.

“Memang sangat kurang ajar!

Tak minta layanan karpet merah

“Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan COVlD-I9. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.

Tambah Dr. Sakinah, sikap segelintir kluster tersebut sampaikan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu.

Malah katanya, jika begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. Atau MKN mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara.

“Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan. Buat saringan simptom dan vital sign. Buat pensampelan. Buat rujukan ke hospital seandainya perlu.

“Hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain.

“Memang kami kena kerja kuat sekarang. Pihak atasan duk pikir mana nak tempatkan mereka, pihak staff bawahan yang bertugas siang dan malam nak buat saringan. Bukan suka-suka.

“Tapi, nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main.

“Bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan! Memang tak bersyukur!

“Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami. Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan.” akhiri beliau

 

Kredit:  FB Sakinah Sulong

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "‘Kluster Kayangan’ banyak ‘songeh’ dan kurang ajar, menteri mula bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*