Aliff Syukri dan Bonda Rozita sudah ‘unfollow’ laman IG Datin Shahida? ini respon Datin sendiri

Krisis rumah tangga usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid terus meninggalkan tanda tanya.

Tambah panas Aliff dan Shahida dikatakan saling tidak mengikuti atau ‘unfollow’ akaun Instagram (IG) masing-masing, sejak bulan lalu.

Ibu Mertua sudah ‘unfollow’

Terbaharu, ibu kepada Aliff, Rozita Ibrahim pula dilihat ‘unfollow’ menantunya, menguatkan lagi desas-desus pasangan yang dikurniakan lima cahaya mata itu bakal berpisah.

Menjawab persoalan adakah turut berdepan krisis dengan ibu mentua, Shahida berkata, dia tidak tahu ibu mentuanya ‘unfolow’ dalam IG.

“Saya tak perasaan. Kalau tak bagi tahu, saya memang tak tahu. Bagi saya, itu hak dan pilihannya.

“Sejujurnya, saya juga tak tahu Alif ‘unfollow’ saya tempoh hari. Saya hanya tahu daripada komen netizen.

“Bagaimanapun, tak mengapalah, saya tak ambil pusing pun,” katanya kepada BH Online.

Bekas anggota kumpulan nasyid Solehah itu berkata, dia dan anak-anaknya sihat dan tenang sahaja di rumah.

“Alhamdulillah, saya dan anak-anak berada dalam keadaan baik. Sihat semuanya.

“Saya hanya keluar rumah apabila kehabisan barang dapur, selebihnya masa saya banyak bersama anak-anak” katanya.

Dakwaan memfailkan pencer4ian

Mengulas isu dakwaan memfailkan perc3raian di mahkamah, Shahida tidak dapat memberikan komen lanjut.

“Maaf, saya tak dapat komen.

“Bagi saya, ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap isu perceraian.

“Sekarang, seluruh dunia sedang berdepan dengan musibah penularan virus COVID-19. Jadi, fokus saya mengenai keselamatan anak-anak,” katanya.

Enggan isu perc3raian terus menjadi persoalan ramai, Aliff mendedahkan surat tuntutan cerai isterinya di laman IG. Bagaimanapun, Aliff nafi melafazkan cerai terhadap Shahida ketika menjawab komen netizen dalam ruangan soal jawab di IG Story, beberapa hari lalu.

Difahamkan, kes perbicaraan percer4ian Aliff dan Shahida bakal didengar selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pasangan itu juga didakwa tidak tinggal sebumbung, sejak beberapa bulan lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

sementara kita di rumah masak,luang masa dengan keluarga,jangan lupa berdoa,inilah yg paling penting selain kita jaga diri kita dan anak2 kita serta ahli keluarga supaya kita semua selamat…angka kematian semakin meningkat..semoga kita dijauhkan dan diberi kesembuhan kepada mereka yg telah dijangkiti Covid-19. . Doa ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A. Beliau berkata: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.” Riwayat Abu Daud (1554), Ahmad (13027), al-Nasa’ie (5493) dan Abu Ya’la (2897) Panjatkan doa ini sekerap mungkin, terutama selepas solat.

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

 

Sumber: BH online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Aliff Syukri dan Bonda Rozita sudah ‘unfollow’ laman IG Datin Shahida? ini respon Datin sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*