“Kalau tak macam teh ais” netizen seronok tengok Sungai Klang nampak lebih bersih waktu PKP

Tidak dinafikan alam sekitar dunia secara amnya semakin elok hasil daripada perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pemimpin dunia. Malaysia juga tidak terkecuali.

Kali ni admin nak share satu video oleh @heritagepenang di Twitter. Dalam video tu, korang boleh tengok Sungai Klang yang biasanya keruh, nampak lebih jernih. Kalau tak percaya, cuba tengok video kat bawah ni.

VIDEO

Baru nampak elok sikit

Memang tak dinafikan nampak bersih air yang mengalir tu. Sebab biasanya warna air tu keruh macam teh ais. Tapi untung keselamatan bersama, jangan lah korang pegi amik minum atau mandi pulak ye. Nampak je bersih, tapi mungkin masih ada bakteria yang kita tak nampak.

Betul, dekat tempat lain luar negara pun nampak bersih pemandangan dan udara sekitar. Mungkin ni hikmah disebalik pandemik Covid-19

Bersih lah jugak tu. Bersih dari sampah sarap. Bukan sebab buih tu terus kita kata kotor. Sekurang-kurangnya sedap mata memandang.

Admin pun suka tengok keadaan sungai kita yang bersih macam tu. Harap lepas PKP keadaan sungai mantain lah macam ni. Baru sedap mata memandang.

Di negara lain juga menunjukkan perubahan sejak perintah berkurung dibuat di banyak negara. Di India, penduduk disana mula dapat nikmati pemandangan jelas Banjaran Himalaya waktu C0vid-19. Banjaran Himalaya jelas kelihatan kerana udara di sana semakin bersih.

Rata-rata seluruh negara di dunia telah mengambil insiatif untuk ‘lockdown’ berikutan kes wabak Covid-19 yang menular.

Ekoran daripada itu, ada negara yang memberi kesan yang positif berhubung dengan inisiatif berkenaan. Sebagai contoh, penduduk di negara India dapat menikmati pemandangan Banjaran Himalaya dengan jelas.

Memetik laporan AmazingNara, penduduk di India dapat melihat sendiri kecantikan alam semula jadi itu dengan jelas tanpa sebarang pencemaran udara.

Pergunungan Himalaya terkenal kerana memegang rekod banjaran yang terpanjang selain memiliki puncak gunung tertinggi iaitu Gunung Everest.

Jurugambar di India turut tidak melepaskan peluang ini untuk mengambil sendiri gambar Banjaran Himalaya daripada atap bumbung kerana momen ini amat mustahil untuk diperoleh.

Memandangkan semua orang duduk di rumah, so pencemaran udara jadi berkurang dan mereka ambil kesempatan untuk tengok pemandangan yang indah ini.

Bukan itu sahaja, penduduk India yang berada jauh di Punjab pun dapat menyaksikan pemandangan itu. Mereka juga dapat melihat salji yang menutupi puncak Himalaya dari jauh. Wahh mesti cantik kan.

Namun, momen ini mungkin akan berakhir setelah semua orang akan menjalani kehidupan seperti biasa dan puncak Himalaya akan terlindung semula.

 

Sumber: Lobak Merah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "“Kalau tak macam teh ais” netizen seronok tengok Sungai Klang nampak lebih bersih waktu PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*