Tan Sri Muhyiddin jadi tumpuan luar! rakyat Thailand bandingkan reaksi ucapan antara PM kita dengan PM mereka

Seluruh dunia sedang berada dalam kesulitan dengan berdepan wabak Covid-19. Bala tentera yang langsung kita nampak ini memberi kesan yang sangat luar biasa dan memberi perubahan baru kepada gaya hidup manusia.

Dahulu mungkin kita boleh bersalam, bergelak ketawa di khalayak ramai. Namun kini kita perlu terima hakikat dengan “new normal life”. Elak dari bersalaman dan kerap membasuh tangan.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh setiap negara dalam menjamin kesihatan rakyat mereka daripada terkena tempias Covid-19. Harus diakui ianya bukan lah hal yang mudah di mana saat ini lah kebajikan mereka ada yang terlepas pandang.

RAKYAT THAILAND BANDINGKAN DUA PEMERINTAH NEGARA

Dalam memastikan maklumat disalurkan dengan tepat kepada rakyatnya, Perdana Menteri (PM) memegang amanah untuk menyampaikan perutusan yang dibuat oleh kerajaan.

Beberapa jam yang lalu, seorang rakyat Thailand yang dikenali sebagai Volt Narawat Wangapakul telah membandingkan cara PM negara tersebut dan juga PM Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap.

Difahamkan PM Thailand, Prayut Chan-o-cha tidak tegas setiap kali berucap perihal rakyat yang melanggar perintah berkurung. Tiada tindakan susulan yang dibuat untuk mengekang wabak ini berbanding negara Malaysia.

เมื่อนายกรัฐมนตรีของไทย และนายกรัฐมนตรีมาเลเซีย แถลงข่าวสถานการณ์และมาตรการรองรับประชาชน เราอยากเห็นนายกรัฐมนตรีแบบไหนมาเป็นผู้นำบริหารบ้านเมืองของเรา

Posted by Volt Narawat Wangapakul on Friday, April 10, 2020

TINDAKAN PM MALAYSIA MENERIMA REAKSI LEBIH BAIK DARI NEGARA JIRAN

Tan Sri Muhyiddin pula dilihat mengenakan pelbagai usaha yang jauh lebih baik dengan melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April ini menandakan kerajaan sangat komited dengan kesihatan rakyatnya.

“Apabila PM Thailand dan Malaysia berucap, lihat situasi dan penilaian daripada rakyat sendiri. PM yang bagaimana yang kita mahukan?” Tulis Volt Narawat Wangapakul.

Lihat sahaja perbandingan paparan ucap tama kedua pemimpin berkenaan. Boleh dilihat Prayuth dipenuhi dengan emoji tanda tidak suka oleh pengguna Facebook di negaranya jauh dibandingkan dengan PM Malaysia yang menerima reaksi positif.

Ia bukan cerita mengenai pemerintah sahaja. Bahkan rakyat turut memainkan peranan dalam menyokong setiap usaha yang dibuat oleh kerajaan ketika ini.

Semoga rakyat Malaysia terus kekal positif dalam menyokong usaha kerajaan dan diharapkan kebajikan rakyat juga sentiasa menjadi kepentingan utama.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Tan Sri Muhyiddin jadi tumpuan luar! rakyat Thailand bandingkan reaksi ucapan antara PM kita dengan PM mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*