“Aku Hindu, tapi aku rasa kena tulis benda ni..” doktor India puji jemaah Tabligh

Satu demi satu tindakan negatif jemaah tabligh yang dikuarantin kerana Covid-19 didedahkan oleh barisan petugas kesihatan.

Jika sebelum ini mereka dilihat sebagai ‘punca’ kepada penyebaran pendemik Covid-19, sekarang mereka lebih dipuji kerana menampilkan sahsiah yang baik semasa berada di dalam wad.

Perkara tersebut juga telah disetujui oleh seorng doktor beragama Hindu yang menjadi barisan hadapan membanteras Covid-19 ini.

Terkesan pergi tempat kuarantin jemaah tabligh

Dalam perkongsian Doktor Lavennia Gayatri yang dibuat di Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa jemaah tabligh di tempatnya berkhidmat begitu positif dan tetap solat berjemaah dan mengaji al-Quran sehingga khatam.

Mereka tak sama seperti di media sosial

Dia juga tidak menafikan bahawa ada sesetengah tempat kuarantin yang menyediakan makanan yang kurang enak untuk dimakan oleh pesakit. Walau bagaimanapun jemaah tabligh ini tetap juga makan dan tidak banyak bunyi.

Doktor wanita itu juga mengakui pada awalnya dia juga ‘termakan’ dengan kenyataan bahawa jemaah tabligh ini punca pendemik ini tersebar, namun muli sedar selepas melihat kesungguhan mereka yang secara sukarela hadir ujian saringan.

Tuhan nak tolong Malaysia melalui tabligh

Hatinya turut tersentuh apabila menyedari bahawa kenyataan bahawa Covid-19 ini meny3rang jemaah tabligh adalah satu hikmah kerana memudahkan petugas kesihatan mengenal pasti sosok fizikal mereka. Hal tersebut pasti berbeza jika golongan biasa yang mendapat Covid-19 terlebih dahulu.

Belajar banyak perkara baru

Dalam isu Covid-19 ini, Doktor Lavennia sedar bahawa banyak pengajaran yang diperoleh. Antaranya perlu sentiada berfikitan positif tidak kira agama, bangsa dan kepercayaan kerana virus ini menyerang tidak kira siapa kita.

Tersentuh dengan penulisan doktor

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata mereka bersetuju dengan perkongsian doktor wanita itu. Mereka juga merasa ada benarnya apa yang diperkataan mengenai kluster tabligh.

Hal ini pastinya berbeza dengan kluster luar negara yang sejak dari awal mengundang kerenah yang bukan-bukan seperti yang diadu oleh sebahagian besar petugas kesihatan.

Bangga dengan pengorbanan doktor

Terima kasih kerana penulisan yang nuetral

 

Sumber : Lavennia Gayatri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "“Aku Hindu, tapi aku rasa kena tulis benda ni..” doktor India puji jemaah Tabligh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*