Tular abg ‘runner’ ini main piano sementara tunggu pelanggan, bila ditanya gred berapa main piano dia segan nak jawab

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni, antara perkhidmatan yang amat diperlukan oleh orang kebanyakan adalah delivery service — atau yang selalu kita sebut runner, abang rider dan macam-macam lagilah.

Mereka inilah yang hantarkan makanan, pastikan barangan yang kita beli dalam talian sampai ke tangan tuannya dengan selamat dan bermacam service tambahan lain yang dibuat untuk memudahkan kerja kita semua.

Dulu pernah juga kecoh sekejap kan, bila ada segelintir yang pandang rendah kerjaya sebagai rider — mereka ini distereotype sebagai orang yang tak berkelulusan tinggi dan sebagainya.

Tapi tak adil kita wujudkan stigma macam tu, sebab kita tak kenal background setiap daripada mereka. Mereka ni sebenarnya ada je yang berkelulusan ijazah, handal itu ini dan talented dalam bidang yang tak kita sangka-sangka.

Buktinya?

Hebat tak hebat penangan video ni, sampai dapat 37k retweet okay! Netizen pun bagi respond positive, bukti abang rider kita ni bukan biasa-biasa.

Ala, okay la tu tahu main. Ada orang hanya tahu tengok je. So guys, kalau korang nak belajar main piano, mungkin bolehlah dapatkan sikit tunjuk ajar daripada brader ni okay.

 

Sumber: KLpress

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Tular abg ‘runner’ ini main piano sementara tunggu pelanggan, bila ditanya gred berapa main piano dia segan nak jawab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*