Ketika Gelandangan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.

Siapa sangka disebalik penularan C0VID-19, ada hikmah disebaliknya apabila sebuah keluarga di Johor menemui semula ahli keluarga mereka yang terpisah sejak 1996 menerusi laporan berita yang disiarkan di kaca TV.

Difahamkan, baru-baru ini Buletin Utama ada menemubual golongan gelandangan di ibu kota bagi membincangkan nasib mereka selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Menerusi perkongsian oleh Mohd Faizal Hasan memaparkan perbualan ahli keluarga tersebut yang mengatakan gelandangan yang ditemubual menerusi laporan Buletin Utama itu adalah ahli keluarga mereka yang terpisah lebih 20 tahun lalu.

Dilaporkan gelandangan tersebut berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1996 dikatakan berkumungkinan untuk mencari pekerjaan. Namun, selepas itu mereka terpisah hubungan dengan ahli keluarga sehingga kini.

Keluarga tersebut kemudian memulakan pencarian melalui media sosial dan akhirnya berjaya menghubungi lelaki berkenaan atas bantuan beberapa pihak.

Turut dimaklumkan, lelaki berkenaan akan pulang semula ke pangkuan keluarga yang di Johor selepas tamat PKP nanti.

Ini adalah sedutan laporan berita tersebut yang disiarkan di Buletin Utama TV3 sebelum ini yang menemukan gelandangan tersebut dengan keluarganya.

sumber : gulapop

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Ketika Gelandangan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*