Anak sulung 11 tahun imamkan solat terawih, Rita Rudaini panjat rasa syukur

Rita Rudaini binti Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Rita Rudaini antara nama yang tidak asing lagi dalam industri di negara kita. Pelakon berbakat besar ini masih aktif dan sering memuat naik perkembangan terkininya di Instagram.

Mempunyai seramai 1.7 juta pengikut di Instagram, pelakon cantik tinggi lampai ini sering juga berkongsi aktivitinya bersama dua orang hero kesayangannya itu.

Terbaru, beliau sempat berkongsikan gambar bersama dua putera kesayangannya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat menyambut Ramadhan…alhamdulillah syukur kerana di beri peluang lg merasai nikmat Ramadhan tahun ini….❤️ THE AIRITS

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Anak sulung berumur 11 tahun imamkan solat terawih

Mereka sekeluarga baru sahaja selepas selesai menunaikan solat sunat terawih pertama Khamis lalu, Rita Rudaini meluahkan rasa syukur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Imam terawikh kami mlm ni ajak selfie 😂 alhamdulillah..mlm ramadhan pertama utk kita smua moga di beri keberkatan…di setiap kejadian ada hikmah…selamat berpuasa smua…jgn lupa baca niat posa 😊❤️

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Menerusi perkongsian itu, Rita turut bersyukur apabila masih diberi peluang untuk beribadah dan berharap agar umat Islam mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Sementara itu, Rita juga memberitahu anak sulungnya mengimamkan solat sunat terawih mereka.

Mereka sekeluarga banyak meluangkan masa mengaji Al-Quran

Jika dilihat sebelum ini, Rita juga dilihat banyak berkongsikan beberapa aktiviti harian anaknya yang berusia 11 dan sembilan tahun itu yang banyak meluangkan masa dengan mengaji Al-Quran.

Pada masa yang sama, Rita juga dilihat turut serta kelas mengaji secara online bagi memperbetulkan bacaan tajwidnya juga.

Rezeki yang paling berharga – Netizen

Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan pelakon itu sangat beruntung kerana memiliki anak-anak yang soleh dan minat untuk mempelajari Al-Quran.

Rata-rata netizen turut memuji cara didikan Rita meskipun beliau merupakan seorang ibu tunggal tetapi mampu membimbing anak-anak di jalan agama dengan baik.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Anak sulung 11 tahun imamkan solat terawih, Rita Rudaini panjat rasa syukur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*