Selain bantu rakyat Malaysia, Ustaz Abu Syafiq nak bantu warga Rohingya tapi bersyarat

Isu Rohingya menjadi perhatian ramai di media sosial sejak beberapa hari lalu selepas pihak berkuasa memintas cubaan sebuah bot membawa pelarian Rohingya memasuki negara ini pada 16 April lalu.

Polemik terbaru juga menyaksikan sesetengah pihak membangkitkan masalah yang dibawa etnik Rohingya dan menjadikan ia sebagai salah satu alasan menjustifikasi sikap kerajaan sekarang.

Abu Syafiq hari ini tampil menawarkan bzntuan secara terbuka untuk membantu Rohingya, tapi ada syarat yang mesti dipenuhi. Berikut tulisan beliau:-

BAGI ROHINGYA PADA SAYA BANTU

“Selain saya membantu rakyat Malaysia yang susah kali ini saya mahu bantu semua muslim Rohingya di tanah air mengikut kemampuan saya terutama orang muda yang kelak dapat pula membantu rakan mereka dan keluarga.

Muslim Rohingya boleh terus call atau WhatsApp saya +60192713781 atau lebih mudah send mesej di Instagram saya

www.instagram.com/ustazabusyafiq

Jangan bimbang saya sedia membantu selain saya juga bantu orang Msia yang memerlukan.

Tapi untuk muslim Rohingya yang baik2 sahaja ye. Kerana saya tidak mahu mas4lah pada masa mendatang” – tulis Ustaz Abu Syafiq di akaun IG beliau.

Perkembangan terbaru itu juga mencetuskan kebi1mbangan sekiranya krisis pada 2015 berulang kembali. Ketika itu ramai pelarian Rohingya m4ti di lautan selepas negara-negara Asia Tenggara menolak kemasukan kapal mereka.

Sebelum ini, Nik Abduh juga menyatakan kebimbangan yang sama.

Seorang pemimpin PAS mengingatkan orang ramai di negara ini agar tidak berasa hebat dengan menjulang usaha pendakwah, Ebit Lew, tetapi pada masa sama gagal bersikap santun kepada orang susah lagi tertindas.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata orang Islam sepatutnya menyatakan rasa bersyukur dengan menolong dan membantu umat yang tertindas.

Lidah fitnah musuh Islam

Pada masa sama, katanya, mereka perlu berfikir untuk menyelesaikan isu berkaitan, bukannya menghaburkan kebencian dan dendam.

Jelasnya, tindakan memburukkan saudara seagama yang jelas dizalimi dan ditindas adalah satu dosa besar dan ‘membnuh’ nilai Ramadan.

“Jika anda tidak mahu mempertahankan hak saudara semuslim anda bangsa Rohingya, maka diam saja. Bersuara memburukkan saudara semuslim yang tertindas oleh kezaliman musuh Islam adalah dosa besar.

“Ia membnuh nilai Ramadan anda. Ia membnuh jiwa dan nurani anda. Ia menarik sifat rahmah kurniaan Allah dalam jiwa setiap Muslim.

“Jangan diri berasa hebat menjulang Ustaz Ebit Lew sebagai duta kasih sayang negara, tetapi dalam masa yang sama meninggalkan akhlak mulianya menyantuni orang-orang yang susah, apatah tertindas,” katanya.

Membuat kenyataan di media sosial, ahli parlimen Bachok itu juga mengingatkan umat Islam di negara ini, kalau pun tidak mahu mahu mempertahankan hak Muslim Rohingya, mereka jangan sesekali bersuara memburukkannya.

Bot tersebut membawa kira-kira 200 orang Rohingya yang mahu memasuki Malaysia menerusi perairan Langkawi. Langkah itu mendapat kritikan kerana pada sebelum ini pemimpin Umno dan PAS bersolidariti bersama etnik berkenaan.

Pemimpin tertinggi kedua-dua parti juga beberapa kali menyatakan komitmen untuk membela pelarian terbabit melalui siri ucapan masing-masing.

 

SUMBER

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Selain bantu rakyat Malaysia, Ustaz Abu Syafiq nak bantu warga Rohingya tapi bersyarat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*