Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un dilapor m3ninggal dunia, doktor didakwa menggigil ketika lakukan pembedahan

Memetik New York Post (NYP), perkhabaran tersebut datang daripada salah satu media di Hong Kong, manakala Majalah Shuken Gendai dari Jepun melaporkan bahawa Jong-un koma setelah menjalani pembedahan jantung awal bulan ini.

Menurut NYP, Pengarah HKSTV Hong Kong Satellite Television, Shijian Xingzou dipetik sebagai berkata mendakwa bahawa Jong-un telah meninggal dunia.

Media itu menyebut maklumat diperolehi dari sumber yang sangat tepat. Perkhabaran itu juga tersebar luas di aplikasi popular China, Weibo.

Kim Jong-un death rumours: China and US race to find out the truth ...

Laporan NYP menyebut bahawa pembedahan cardiac stent yang dijalani oleh pemimpin berusia 36 tahun itu tidak berjalan lancar.

Doktor yang melakukan pembedahan itu didakwa gugup dan tangannya menggigil saat memasukkan stent atau ring ke pembuluh darah jantung Jong-un.

Bagaimanapun laporan tersebut belum disahkan.

Sebelum ini, memetik Reuters, Sabtu (25/4), pemerintah China telah menghantar pasukan perubatannya untuk memeriksa keadaan kesihatan Jong-un.

Bagaimanapun salah seorang sumber di China menolak memberikan banyak komen berhubung perkara tersebut kerana memikirkan masalah ini cukup sensitif.

Jong un sebelum ini dilaporkan mengidap penyakit jantung dan dipercayai sempat menjalani rawatan di sebuah villa di wilayah Hyangsan.

Laporan CNN yang memetik portal berita Korea Selatan yang berpusat di Seoul dan dikendalikan warga Korea Utara yang berpaling tadah itu menyebut bahawa Jong un sedang menjalni proses pemulihan selepas pembedahan di sebuah resort di timur laut negara itu.

As Rumours Surface of Kim Jong Un's Ill Health, Spotlight on His ...

Spekulasi mengenai kesihatan Jong un muncul setelah dia kali terakhir muncul di media pemerintah Korea Utara pada 11 April. Jong juga tidak hadir sambutan paling meriah negara iaitu ulang tahun kelahiran Kim Il Sung, pada 15 April. -NY Post

 

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un dilapor m3ninggal dunia, doktor didakwa menggigil ketika lakukan pembedahan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*