Agak lama tak balik kampung, aku jumpa Naim malam raya. Esoknya mak beritahu Naim dah menghadap ilahi puasa pertama. Allahu.. siapa yang aku jumpa malam tadi

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak Riz sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak Riz beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia.

Kalau jumpa mesti dia mar4h gile kat aku pasal Riz tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar… lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu.

Maklumlah dulu Raiz ‘nerd’! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi ‘bodyguard’nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah.

Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit.

Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.

Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.

“Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?” Razi bersuara sambil memelvk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa.

“Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?” Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.

Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. “Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?” Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang.

“Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je…” tegur Raiz. Naim kelihatan murvng.

“Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?” Naim mengubah topik.

“Cadangnya gitulah!”

” Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!” pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.

“Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!” kata Raiz dalam hati.

“Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

“Inilah! nasib aku m4lang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku s4kit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jah4t betul, aku ditudvhnya buat kerja-kerja menc4ri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!” Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.

“Setahun lepas tu mak ayah aku mningg4l. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jnaz4h, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!” Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.

“Lepas mereka mninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gil4. Minah-minah kilang pulak tudvh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhir4t. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! s4kit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!” Suara Naim sedikit tinggi.

“Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali” Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum.

“Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!”. Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup.

“Naim! Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!” Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar.

“Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!”

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukvl berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.

“Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!” Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun.

”Eh? Mak!” terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayahdan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas.

“Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?” jerkah ayahnya.

“Eh? Kenapa pulak diorang mar4h ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh… tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nis4an! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nis4n,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

“Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak… ayah!

“Kenapa?? Kau tengok… dekat kbur siapa kau tidur tu!” Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nis4n. Abdul Naim bin Malik. 16 September 1975 – 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.

“Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada h4ntu ke?”

“Budak ni…bulan puasa mana ada h4ntu! Naim dah tak ada! Dia mninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kbur 4rwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada..” terang ibunya dengan suara pilu.

Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! ‘bertemu’ aruwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada h4ntu! apakah yang Raiz temui semala. Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata 4rwah malam tadi.

“Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!”

Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pus4ra arw4h Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada 4rwah.

“Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !” moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya khabar.

Sumber: naluri kini/ Koleksi Viral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Agak lama tak balik kampung, aku jumpa Naim malam raya. Esoknya mak beritahu Naim dah menghadap ilahi puasa pertama. Allahu.. siapa yang aku jumpa malam tadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*