Mulai Esok, Kenderaan Persendirian Boleh Bawa Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan Masing-Masing -Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 26 Mei (Bernama) — Bermula esok, pemandu kenderaan persendirian boleh membawa penumpang mengikut kapasiti kenderaan masing-masing yang sebelum ini dihadkan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam memutuskan rantaian wab4k COV1D-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan selain daripada ahli keluarga, penumpang mestilah terdiri daripada orang yang tinggal serumah dengan pemandu.

“Jika multi purpose vehicle (MPV) (kenderaan pelbagai guna) kapasitinya adalah tujuh penumpang, jadi bermula esok mereka boleh membawa penumpang dengan jumlah maksimum.

“Pemandu harus mengikut kapasiti kenderaan masing-masing seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),” katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata perkara itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Perkara itu telah diwartakan dalam Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangk1tan) (No.6)(Pindaan) 2020.

Pada PKP fasa kedua yang bermula 1 April, kerajaan menguatkuasakan pelaksanaan satu orang satu kenderaan manakala kelonggaran kepada dua penumpang dalam satu kereta pula diberikan ketika PKP fasa keempat yang bermula 29 April.

Dalam PKP Bersyarat pula, kerajaan mengehadkan hanya empat orang dalam keluarga yang sama boleh menaiki kenderaan persendirian.

Sumber: BERNAMA/SIAKAP KELI

Be the first to comment on "Mulai Esok, Kenderaan Persendirian Boleh Bawa Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan Masing-Masing -Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*