Comel Tau Dia! Reen Rahim Dedah Rindukan Yoe Parey “Kita Tahu Limit Dan Mereka Perlukan Tenaga..”

Pelakon Reen Rahim berkongsi kisah bsrgandingan dengan bintang YouTube Yoe Parey untuk filem Syif Malam Raya.

Menurut Reen, dia tidak mempunyai masalah sepanjang penggambaran yang melibatkan babak mereka berdua.

“Saya sayanglah dia tu, orang-orang seperti Yoe ini sangat jujur dan mereka tidak mempunyai hati yang hitam.

“Sepanjang bekerja dengan Yoe saya mempunyai sebarang masalah sebaliknya rasa senang dan tidak susah pun untuk bekerja bersama.

“Sama juga seperti Asif, walaupun saya tak ada babak dengan dia tapi mereka berdua tidak mendatangkan masalah apa pun.

“Dalam lakonan ini kita kena berlakon dengan ikhlas dan memang itulah yang mereka bagi,” katanya.

Reen berkata demikian ketika ditemu bual Gempak menerusi segmen Artis Duduk Diam yang bersiaran di Instagram Astro Gempak baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

mulai 21 Mei ini kita sama-sama check in bersama seisi keluarga anda dengan filem pecah perut pada musim raya ini SYIF MALAM RAYA. Sebuah filem komedi horror yang pasti mengeratkan anda sekeluarga. Hanya di Astro First saluran 480, Di pawagam Rumah Anda. . @syifmalamraya_official @akueatu @reenrahim @yoe_parey @sharif_zero @syaiful_zero @ropie_sryn_ @asifsuhaimi02 @syahmisazli @saifulapek @azleesenario @danialzain1 @sheilahassan @emeldarosemila @nadia.brian @lia_natalia @anissafaizul . #SyifMalamRaya #SMR #RayaTetapOnz #IndahkanSenyuman #EratkanJalinan #RayaOnline #AstroFirst #dipawagamrumahanda @syifmalamraya_official @kru.music @astroshaw @unitedstudios.my #rayaonline #syifmalamraya #diaadadimanamana #raytheme #astrofirst #astroshaw #krumusic #unitedstudios

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim) on

Malah tambah Reen lagi, dia sangat merindui momen-momen lucu bersama Yoe yang sudah dianggap seperti adik.

“Suka usik dan saya rasa mereka sangat comel. Saya ada juga usik mereka tapi itu pada awal-awal penggambaran sahaja.

“Waktu itu kami ada babak siang jadi sempat lah jumpa, tapi bila di penghujung banyak babak malam jadi kami tak banyak jumpa pun.

“Saya rasa hanya dua tiga kali sahaja usik mereka di set penggambaran sebab kita pun tahu limit dan mereka juga perlukan tenaga dan tidur yang cukup,” kongsinya.

Selain Reen, Syif Malam Raya juga menampilkan bintang YouTube, Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey, Atu Zero, Sharif Zero, Syaiful Zero, Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.

Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 sudah pun ditayangkan sejak 21 Mei 2020

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw. 

Sinopsis:

Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu may4t ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenaz4h mereka.

Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dih4ntui p0cong.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : GEMPAK/ Koleksi Viral

Be the first to comment on "Comel Tau Dia! Reen Rahim Dedah Rindukan Yoe Parey “Kita Tahu Limit Dan Mereka Perlukan Tenaga..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*