“Tolong… Janganlah Inilah Punca Rezeki Saya” – Almy Nadia Rayu Hacker Pulangkan IG

Pelakon Datin Almy Nadia merayu supaya akaun Instagram dipulangkan oleh penggodam.

Almy memberitahu perkara itu menerusi posting terbaharu di akaunnya sebentar tadi.

Menurut Almy, media sosial itu merupakan punca rezekinya selain membantu mempromosikan perniagaan orang lain.

“Tolong tolong janganlah hacker… Saya buat kerja dengan IG ini. Minta doa semua agar hacker ni pulangkan IG saya balik.

“IG ini tempat aku cari rezeki untuk bantu keluarga. Niat aku ikhlas untuk bantu keluarga. Inilah punca rezeki ku.

“Minta jasa baik semua tolong doa sebab IG saya tempat bantu orang meniaga dan saya bantu keluarga,” rayunya.

Terdahulu, Almy sebelum ini terkenal dengan membuat review makanan menerusi Instagramnya.

Selain Almy, selebriti akaun selebriti yang pernah menjadi mangsa digodam adalah Ali Puteh, Ramona Zamzam dan Amy Search.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:Gemapk

Be the first to comment on "“Tolong… Janganlah Inilah Punca Rezeki Saya” – Almy Nadia Rayu Hacker Pulangkan IG"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*