“Wah! Bil teruz…”- Foto cincin di jari manis, komen adik Mira Filzah kant0ikan rahsia mereka

Nampaknya selepas gosip mengenai jejaka yang dikenali sebagai Wan Emir Astar bersama bintang popular, Mira Filzah membuatkan laman Instagram peribadinya semakin menjadi perhatian warganet.

Apatah lagi, seperti yang semua ketahui nama Mira Filzah sangat popular dalam industri seni tanah air. Jadi tidak mustahil, kisah mengenainya yang kini mengenali seseorang sehingga dikatakan bakal menamatkan zaman bujang berterusan menjadi buah mulut peminatnya.

Jika sebelum ini, Mira Filzah juga dilihat terbuka tentang jejaka yang digosipkan itu dengan ‘tag’ akaun Instagram di postingnya melalui laman Instagram.

Ternyata juga, perkongsian terbaru Wan Emir Astar ini pula menjadi buah mulut warganet apabila adik kepada pelakon itu yang dikenali sebagai Aina Fadhilah meninggalkan komen ucapan hari jadi dengan menggunakan gelaran abang ipar kepada jejaka berkenaan.

Ianya sekali gus membuatkan orang ramai semakin yakin dengan spekulasi bahawa Wan Emir Astar merupakan jejaka yang bakal mengahwini Mira Filzah.

Pun begitu, di status ini jejaka berkenaan memberikan ucapan terima kasih kepada keluarga sempena hari jadinya.

Walau bagaimanapun, status yang dikongsikan Wan Emir Astar bersama foto seorang wanita yang memakai cincin di jari manis yang ditanda atau ‘tag’ dengan nama pelakon popular itu dan ibunya ini turut mengundang pelbagai tekaan warganet.

“Aina Fadhlilah congrats…”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comfy quarantine outfits! 💗 . . @uniqlomyofficial Drape short sleeve kaftan, cardigan and the BEST AIRism inner! #UNIQLOMY #MyLifeWear #SimpleMadeBetter

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL/ Koleksi Viral

Be the first to comment on "“Wah! Bil teruz…”- Foto cincin di jari manis, komen adik Mira Filzah kant0ikan rahsia mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*