“Weh, Kenapa Jadi Cantik?” – Ben Amir Potong Rambut Paras Bahu, Netizen Teruja!

Aktor Ben Amir mengejutkan wargamaya apabila memotong rambutnya sehingga paras bahu. 

Menerusi laman sosial Instagram (IG), Ben memuat naik imej terbarunya itu untuk tatapan umum. 

“Potong rambut kat rumah dan inilah hasilnya,” tulis Ben sebagai kapsyen.

Menerusi perkongsian IG story, Ben mendapatkan khidmat potong rambut di balkoni rumahnya oleh seorang pendandan rambut terkenal. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Potong rambut kat rumah and this is the result

A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

Rambut asalnya yang panjangnya paras dada dipotong pendek sedikit kepada tahap leher. 

Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata wargamaya teruja melihat rambut baru Ben. 

“Wow nice, love rambut kepuk-kepuk,” tulis seorang wargamaya.

“Aaaa cantiknya rambut,” puji seorang wargamaya.

“Eh macam anak dara la,” usik seorang wargamaya.

Pergh handsome, cute, kemas,” komen seorang wargamaya.
 
“Wehhh hahaha kenapa jadi cantik?” tanya seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto rambut baru Ben itu telah mendapat hampir 75,000 tanda suka di Instagram. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“Weh, Kenapa Jadi Cantik?” – Ben Amir Potong Rambut Paras Bahu, Netizen Teruja!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*