Arwa Malaikha Urwa, Cantiknya Nama Anak Ardell Aryana Dan Nadzmi Adhwa

Pasangan pelakon Ardell Aryana dan suaminya, Nadzmi Adhwa memilih nama Arwa Malaikha Urwa untuk anak perempuan kesayangan mereka.

Ardell dan Adhwa mendedahkan nama serta wajah anak mereka menerusi posting terbaharu di akaun Instagram selepas tujuh hari kelahirannya.

Masing-masing turut memuat naik video pendek yang merakamkan wajah comel Urwa selepas Ardell bersalin. 

“Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa. @babyadhwardell 👶🏻 My precious baby girl ni lahir pada hari Jumaat juga.

“Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari. Video ni masa lepas Urwa lahir dan diqamatkan.Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini,” tulis Adhwa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Arwa Malaikha Urwa Binti Nadzmi Adhwa ❤️ @babyadhwardell 👶🏻 My precious baby girl lahir pada hari Jumaat juga 😘 Alhamdulillah umur dah masuk 7 Hari 🥰 Video ni masa lepas Urwa baru je lahir dan diqamatkan 😚 Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini 🤲🏻 Salam Jumaat 😍

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji nama dan kecomelan Urwa.

Terdahulu, Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.

Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung pada Disember lalu.

Urwa selamat dilahirkan pada 5 June 2020, jam 2.22.22.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "Arwa Malaikha Urwa, Cantiknya Nama Anak Ardell Aryana Dan Nadzmi Adhwa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*