Bu4ng air atas katil dan munt4h hijau” -Eric (Floor88) ded4h pernah hid4pi peny4kit “men1ngitis”. Syukur umur masih panjang.

PEMAIN keyboard kumpulan Floor88, Eric Fuzi, berkongsi pengalamannya mengh1dap peny4kit men1ngitis iaitu jangk1tan kum4n pada saraf selaput otak ketika masih di bangku sekolah pada tahun 2008.

Eric, 28, berkata pada mulanya dia berasa s4kit di bahagian belakang tengkuk namun tidak mengambil serius hal itu selepas diberitahu s4kit itu disebabkan salah posisi tidur.

“Sehari sebelum kejadian, saya ada mengadu pada mama yang tengkuk saya terasa s4kit sangat.

“Tapi masa pergi klinik, doktor kata salah bantal saja. Saya juga dah mula dem4m jadi doktor bagi ubat dem4m, antib1otik dan sebagainya.

Gambar-gambar Eric yang diambil selepas dia dibenarkan keluar hospital.

“Keesokan harinya, saya ikut kakak dan abang ipar saya beraya tapi balik tu, saya memang tak ingat apa-apa,” katanya kepada mStar.

Berkongsi detik itu, Eric berkata, dia ditemui tidak sedarkan diri di biliknya sebelum dibawa ke hospital.

Pelakon Tentang Bulan ini berkata dia tidak sedarkan diri selama tiga hari dan ditah4n di hospital selama kira-kira sebulan.

“Saya diberitahu ketika kejadian tu saya balik dan mandi macam biasa, makan ubat. Tapi pagi esok tu memang saya tak bangun.

Eric bersyukur masih diberi peluang hidup dan menganggap apa yang terjadi satu t3guran daripada Allah SWT.

“Kakak saya jumpa saya masa tu katil dah basah. Saya bu4ng air atas katil dan munt4h hijau. Ahli keluarga bersihkan saya dan bawa ke hospital,” ujarnya.

Tambahnya, berat badannya turun mendadak daripada 70 kilogram sehingga 45 kilogram dalam masa sebulan.

Eric berkata, dia kemudian menjalani fisioterapi sehingga membuatkan berat badannya naik mendadak sehingga kini.

“Berat saya ketika itu 70 kilogram, tapi turun mendadak sehingga 45 kilogram dalam masa sebulan saya di hospital.

Alhamdulillah, tak ada la kita terfikir nak buat benda-benda tak elok di dunia ni

ERIC FUZI

PEMUZIK

“Saya perlu jalani fisioterapi untuk pulih sepenuhnya sebab ia melibatkan otak. Bila dah selesai fisioterapi, berat saya naik mendadak sampai sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, Eric bersyukur dengan apa yang berlaku kerana menganggap ia satu t3guran dari Allah SWT agar dia tidak melakukan perkara yang dilar4ng dalam Islam.

Katanya, pengalaman yang menginsafkan itu membuatkan dia lebih menghargai orang sekeliling yang menyayanginya.

“Tapi bila kena ni, saya anggap ia teguran daripada Allah SWT.

“Alhamdulillah, tak ada la kita terfikir nak buat benda-benda tak elok di dunia ni. Kejap saja, kita boleh jadi orang paling kuat di dunia tapi dalam sekelip mata juga kita boleh terjatuh dan tak mampu melawan s4kit.

“Kena lebih berhati-hati dalam menjaga kesihatan dan perlu menghargai apa yang saya ada terutamanya orang sekeliling yang menyayangi saya… Nak-nak lagi saya dah merasa momen-momen saya hampir tinggalkan dunia ni… Tapi Alhamdulillah umur panjang,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar/ Oh MyMedia

Be the first to comment on "Bu4ng air atas katil dan munt4h hijau” -Eric (Floor88) ded4h pernah hid4pi peny4kit “men1ngitis”. Syukur umur masih panjang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*