Sugu Pavithra Dikritik Gara2 Demand Harga Tinggi- “Macam Chef Wan Eh…”

Saluran Youtube pasangan Sugu Pavithra adalah salah satu saluran memasak yang paling mendapat sambutan pada ketika ini.

Antara yang membuat ramai netizen berminat menonton video mereka adalah kerana masakan-masakan Melayu yang dikongsikan walaupun Pavithra bersama suaminya, M. Sugu adalah berbangsa India.

Selain itu video yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu juga adalah salah satu sebab kebanyakkan subscribers mereka adalah dari masyarakat Melayu sendiri.

Sejak meraih tumpuan netizen, Youtuber berusia 28 tahun itu bersama suaminya yang berusia 29 tahun banyak mendapat sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak.

Hasil daripada usaha mereka juga kini channel Sugu Pavithra telah mempunyai sebanyak 713,000 subscribers. Dengan pendapatan yang mereka terima dari membuat video Youtube juga, pasangan tersebut yang sebelum ini tinggal di kuarters untuk pekerja estet baru-baru ini telah berpindah ke rumah baru mereka di Sungai Siput.

Namun, sementara ramai yang bangga melihat pencapaiannya ada juga pihak yang tidak puas hati apabila Pavithra dikecam kerana demand harga yang tinggi untuk memasak di sebuah rancangan.

Dalam perkongsian seorang individu di Instagram, dia mengkritik Youtuber itu kerana meminta bayaran sebanyak 10,000 untuk tampil dalam sebuah rancangan selama 1 jam.

“Macam level Chef Wan eh…”

Namun suami kepada tukang masak itu menerangkan bahawa dia sengaja memberikan harga tinggi sebegitu kerana tiada keinginan untuk muncul dalam rancangan televisyen memandangkan jadual mereka yang terlalu padat.

Tambahan pula, pasangan itu juga mengakui mendapat banyak tawaran dari pelbagai pihak untuk muncul dalam rancangan memasak sehingga mereka tidak menang tangan menguruskan kerjaya dan keluarga yang seadanya.

Ikuti perkembangan Sugu Pavithra di bawah ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:HCL

Be the first to comment on "Sugu Pavithra Dikritik Gara2 Demand Harga Tinggi- “Macam Chef Wan Eh…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*